Khamis, 3 Disember 2009

dalam menghuraikan cinta

DALAMmenghuraikanCINTA
akalTERBARINGtidakBERDAYA
bagaiKELDAIterbaringDIdalamLUMPUR

aku dah jadi gila

akuDAHjadiGILER
DENGANakuariumAKU


dengan hobi aku terhadap ikan hiasan den mendekorasikan akuarium, membuatkan aku berbelanja besar terhadapnya. dah pernah ada 5 akuarium aku setakat nih. nasib sekarang tinggal 2 je tu pun sebab tak muat bilik aku nak letaknya. kalau tak, kira dah boleh jadi cam akuaria KLCC..hahahaha. ok yang kat bawah tu akuarium aku mula2 sekali bila aku menerjah kealam akuatik nih. seingat aku Tulet yang membawa aku berenang jauh kealam akuatik ni hingga lah aku mampu berenang sendiri sekarang dengan pelbagai keseronokan membela hidupan akuatik nih. mula dari tu, aku mula lah berminat terhadap mendekorasikan akuarium plak. mula belajar bagaimana nak tanam pokok dalam akuarium sehinggakan aku berbelanja sampai mencecah ratusan ringgit hanya untuk meindahkan akuarium aku tu. tak jadi je aku buat lain hingga aku puas hati. tapi sampai sekarang aku masih tak puas hati lagi..huhuhu. kemudian aku beli akuarium lagi untuk menjadi mangsa experiment aku..hahaha so terhasil lah seperti gambar disebelah. akuarium ni lah yang paling banyak aku habiskan duit hingga sekarang. kalau di hitung kira boleh mencecah RM 800.00 dari mula beli hingga lah sekarang. so sekarang aku tengah buat experiment terhadap satu lagi akuarium yang telah aku ubah dari dekorasi laut kepada tropika. so, kiranya di sini sebelum ini juga aku mempunyai sebuah akuarium yang aku design ala-ala marin..kiranya nampak cam akuarium laut la padahal aku g cari ikan2 yang seakan2 hidupan laut jer..huhu so akuarium tu kini telah aku ubah suai dengan menanam pokok tutup bumi. so aku hanya pakai pokok yang nampak seperti rumput je lah dalam akuarium tu. mungkin 2 bulan lagi boleh aku post kan pic yang yang telah siap di buat. so setakat ini ia masih lagi dalam pembikinan. menghabiskan duit lagi aku nih..hehehe tp ape2 pun nak buat camner, hobi punya pasal. ni dah jadi hobi keberapa tah dalam diari hidup aku nih. so sekarang ni jugak aku tengah gila kumpul ikan laga plak. tapi yang warnanya lain dari yang lain. merata aku cari. so sekarang aku sudah ada 6 ekor ikan laga. 5 aku letak kat ofc dan sekor simpan di bilik.huhuhuu

Selasa, 17 November 2009

menarilahDANterusTERTAWA
WALAUduniaTAKseindahSYURGA...

agak2 apa yang aku nak luahkan nih masuk ke tak ngan tajuk diatas..hehehe apa2 pun korang baca la dulu. Ari tu aku dapat panggilan dari MyV, dia bertanyakan tentang notis larangan letak kereta.. aku ni plak ingatkan yang palang "dilarang meletak kenderaan anda di sini" so aku pun cakap yang tu mmg aku yang letak hanya sekadar ingin bergurau, tapi lain plak jadinya. malamnya sikit dia call aku. pastu marah2 cakap kenapa letak notis tu. sampai vaiper keretanya patah sbb ramai sangat yang tengok notis tu. aku dah jadi pelik setahu aku notis palang tu xmenyentuh pun keretanya. pastu dia kata ada notis tulis ngan tulisan merah cakap amaran terakhir. aku jadi pelik. aku cakap la yang tu aku taktau. dia asyik tekan aku. "habis kalau bukan awak siapa lagi" aku mula lah berang. aku cakap mmg tentang tu aku tak tahu. siap aku bersumpah lagi nak yyakinkan dia. tapi aku terasa kesal sangat kerana dia xpercaya. xpelah nak buat camner. terpaksa aku terima kata2 yang tersembur dari mulutnya. aku cuba mempertikaikan tapi dia tekan sampai nangis2 lagi nakkan kepastian. bila dah cam tu aku mula la rasa kecewa, geram, sakit hati, xpuas hati semua cukup datang kebenak pemikiran aku. tetina talian kami terputus. aku segera turun melihat keretanya di tempat parking. xde notis tu. vaiper pun xpatah seperti yang digembar gemburkan. lagi la aku meradang. aku msg dia dan cakap aku akan cuba tanya staf2 lain, mungkin ada yang letak. aku mmg tak puas hati. apa2 benda yang dia xpuas hati mesti lepaskan kat aku. kalau nak minta tolong pun cari aku. kawan2nya lagi satu. bapak jin. benda tak teramana pun cakap patah la rosak la. kiranya kalau patah, rosak tu kesalahan akulah sbb dikatakan aku yg letak notis tu or org ofc la harus bertanggungjawab sbb letak notis tu. padahal org yang tagan macam setan dan peragai cam jin tulah yang bagi patah tauk tahik keatas notis yang diletak. ( ha ni dah mula nak geram la nih kalau menulis) k cool balik..huhuhu so aku cakap elok2 aku akan tanya staf. mungkin ada yang lupa kata kereta tu dah dapat kebenaran tuk parking kat situ. mana kita tahu kan dak. so esoknya aku tanya staf2. memang ada yang letak sbb dia tak tahu kereta tu dah dapat kebenaran. selesailah. bukan besar pun. setakat notis.. belakang baung tu banyak yang dapat notis xbesar2 cam nih pun. ni la bahana dapat kawan yang perangai cam jin. nak api2 kan org. kalau xsuka aku pun jgn la libatkan org lain. tak pasal2 aku ngan MyV gaduh. kawan2 dia sikit xrasa bersalah. malah ketawa dibelakang. bukan kata nak datang minta maaf, ucap terima kasih pun x. hai..tu la manusia yang ada hasrat dengki. mereka2kan cerita, tokok tambahnya lebih gah dari isinya. kereta tu xbercalar sikit pun ditempat notis tu diletak tapi cerita yang disampaikan sampai patah2 tu yang aku geram tahap dewa tu. tapi apa2 pun xpelah.. lepas ni kalau nak mintak tolong ke ape ke terus lah deri org lain, aku xnak meyusahkan hidupnya lagi. so dengan harapan kalau apa2 yang berlaku aku xla jadi mangsa tuk melepaskan geram, meyembur tak tentu pasal. dan dia pun tak sedar yang dia sentiasa diperalatkan oleh kawan2nya tuk mendapat hak istimewa sebab aku ni selalu jer penuhi kehendaknya. so lepasni korang berdikarilah sendiri. buat pe tolong orang kalau apa2 berlaku kita dipersalahkan. so lepasni pandai2 lah ye biar kawan2 dia tu rasa sikit camner dan dia boleh sedar sikit kot. selama ni xpenah sedar. ego. asyik aku jer kena beralah. dah2 aku tak sanggup dah.
p/s : apa yang kita buat baik , xsemestinya dibalas baik sekiranya ada yang menjadi hantunya.. biarlah kita xbuat apa2 asal xde yang terasa.

Khamis, 12 November 2009

Kita Tak Seperti Dulu Lagi

Dulu ada saja benda yang nak ku ganggu

Sekarang lidahku kelu bila berjumpa denganmu

Tak tahu kenape aku begitu

Mungkin kerasa aku dah jadi pemalu

Atau aku tak lagi macam dulu

atau kau juga tidak seperti dulu

yang suka melayan karenahku

Sedar atau tidak

Sebanarnya aku terasa akan ini semua

Sesekali ada rasa nak tegur or ganggu kau semula

Tapi tak terdaya..

Hari ni esok atau lusa aku akan cuba

Tu pun kalau semangat datang tiba-tiba

Kalau tak terdiam lagilah seribu bahasa

Kadang-kadang aku juga kecil hati

Kenapa kita tak macam dulu lagi

Masing-masing buat hal sendiri

Buat cam tak nampak bila lalu tepi

Padahal dalam hati

Nak jer tegur dan bergurau sepenuh hati

Tapi...

Inilah reality

Kita tak seperti dulu lagi.....

Nukilan rasa

Camar senja

Mohamad Indra Shahril Zainal

Ahad, 8 November 2009

1 unity 1 kolej


Wahai RAMA-RAMA kertas

seekor rama-rama kertas
terbang melintas.
kucapai jaring, lalu ku cuba melibas.
rama-rama kertas tidak lagi terbang bebas.

rama-rama lain menghampiriku.
menari lagu pilu.
menagih simpati dariku.
supaya aku cepat terkedu.
tapi aku sudah faham maksudmu
sebelum kau menghampiriku.

lalu ku lepas rama-rama kertas.
agar is terbang bebas.
walau hatiku tercantas
dik keindahanmu wahai rama-rama kertas.

nukilan rasa,
Camar Senja
Mohamad Indra Shahril Zainal (misz)

Si Bebal yang menurut

SI BEBAL yang MENURUT

Dari pancang katakburan
Lahir sepasang pembohongan
Hasutan bak syaitan
diam...tapi mengoncang

Maka sang bebal mula mengikut
Kononnya petunjuk dari sang merbok
NAH!! semuanya tunduk
Dek kerana ilmu semangkuk
Jadilah pak turut tersongkok-songkok.

Camar Senja

hujung-hujung


salam SEJAHTERA semua...


RASA dah LAMA aku TAK update BLOG nih... dah berbulan2 kot. KALAM pembuka BICARA menghidupkan KEMBALI laman nih, aku ingin menyinkap satu KENANGAN dalam meniti ARUS kehidupan. sedar TAK sedar aku di ambang beberapa bulan terakhir DI KOLEJ KELIMA tercinta nih. KALAU ADA rezki aku SAMBUNG LAGI setahun kat K5 NIH. tapi kalau ada REZKI lebih ckit mingkin AKU akan bertugas KAT tempat LAIN plak sebagai JAWATAN tetap. tapi itu SEMUA ADALAH kenyataan YANG perlu AKU hadapi. ATAU aku JUGA boleh BALIK ke KAMPUNG halaman DAN bertugas DISANA. kalau AKU terpaksa BALIK kampung, AKU dah PLAN nak menceburi DIRI dalam BIDANG restoran. NAK BUKAK perniagaan KEDAI makan. atau MUNGKIN aku AKAN berkongsi MODAL dengan KAWAN baik AKU untuk BUKA syarikat DEKORASI. DAH nampak bayang2 apa YANG nak BIDUAT. tapi AKU masih SAYANGKAN UPM terutamanya KOLEJ KELIMA nih..

BARBAKIKAN beberapa BULAN ini aku AKAN terus MEMBERI sumbang BAKTI KEPADA seluruh WARGA kolej kelima. banyak KENANGAN aku KAT kolej KELIMA nih. apa2 pun TENGOK LAH kesudahannya NANTI......


Sabtu, 7 November 2009

fuh!! lama xupdate blog

Fuh!! lama bebenar aku xupdate blog aku nih. td kawan aku telah membuatkan aku ingat kembali kepada blog ini. emm... aku pun tak tau nak tulis ape sekarang. ape yang boleh main tekan jer huruf2 yang tersusun nih...huhuhuu besok lah aku mula balik postkan ape2 kat blok nih..so chow dulu....

Rabu, 6 Mei 2009

hari ini

hari ini

hari ini pada tanggal 06 Mei 2009 baru aku tahu apa yang telah berlaku berbulan yang lepas... aku dan keretapi. menyingkap kisah tersendiri. aku mahu lemparkan jauh2 cerita itu. keretapi yang aku catkannya sendiri dengan corak dan warna yang aku gemari tapi tiada siapa gemar naik keretapi ku. kini aku sedar kenapa keretapiku xmenarik..kerana corak dan warnanya bukanlah yang diimpikan penumpangnya.aku memandai sendiri mencorakkannya. lantas bila seorang penumpang menyuarakan apa yang xkena, baru ku tahu..semuanya salahku. aku yang merekakannya sendiri dan kini aku harus tanggung sendiri. hari ini aku sudah buat keputusan yang aku akan meninggalkan keretapiku itu..selamat tinggal keretapiku..minta maaf pemumpang2 ku.
p/s: buat w,k,i,ij,s,dan semua, saya mintak maaf sangat2 terutama k,w,dan i.

Isnin, 23 Mac 2009

siapalah aku untuk mereka

kadang-kadang aku lupa siapa aku
sering kali aku terabai orang sekelilingku
acap kali aku menundukkan diri
mencari siapa aku di sisi mereka
kawan,teman,pasangan atau
sekadar kenalan.

kadang-kadang aku tenung kata-kata
berkawan biar beribu
bercinta biar satu
biar ramai kawan
jangan ramai lawan
tapi aku juga terfikir
buat apa ramai kawan
jika
kawan makan kawan
kawan jadi lawan
kawan tika senang
lawan tika susah

kadang-kadang aku selami erti persahabatan
bersusah bersama senang juga bersama
tapi ada juga kawan
tika dia susah aku yang bersamanya
namun...
tika dia senang aku dia lupa
katanya dia bukan ada aku sorang untuk dikawan
aku hanya kawan tika dia kesusahan
tika kesenangan dia dengan kawan-kawannya
aku bukan lagi kawan
kerna aku hanya peneman
di tempat makan tika dia kesunyian
di hospital tika kesakitan
di balai polis tika ditahan
atau dilautan tika hampir kelemasan.

siapalah aku di sisi mereka?
aku cuba meneka
dengan harapan kena.

luahan, Mac 23' 09
Camar Senja.

p/s: pesan saya buat kawan2. aku bukan sehebat pahlawan yang mampu beri apa yang dimahukan.

Jumaat, 13 Mac 2009

TERIMA kasih SEMUA
RAJA
diana
AZIE
imah
AMIN
ucuk
IPAH
ijan
AIZAT
robi
SARJEN
kimi
DALILA
asmaul

Ahad, 8 Mac 2009

umum

buat semua yang mengikuti blog saya yang 1 lagi
Salam sejahtera semua. buat kawan2 yang mengikuti blog saya yang 1 lagi iaitu tika tinta mula menari, mulai bulan 3 ni korang semua dah xdapat mengikutinya lagi kerana saya dah tukar alamatnya sebab kebanyakkan post2nya saya xakan tapis lagi dan penggunaan nama sebenar akan saya gunakan dan ia hanya akan menjadi diari online saya 100%. hanya orang tertentu sahaja akan dapat lihat. maaf semua.
p/s: maaf buat kawan2 yang mengikuti blok tikatintamulamenari.

Selasa, 3 Mac 2009

KENAPA???

Kenapa tiada seorang pun yang mengerti
Kenapa aku harus jadi begini
Kenapa dari riak wajah mereka aku jadi sangsi
Kenapa mereka selalu mentafsir salahku
Kenapa mereka tidak membenarkan aku menerangkan semuanya
Kenapa hanya aku yang perlu beralah
Kenapa hanya aku yang perlu menaggung parut luka
Kenapa aku tak diberi ubatnya
Kenapa kau layanku begitu
Kenapa hanya sebab salahku yang kau soalkan
Kenapa kau tak soalkan salahmu
Kenapa selalu aku yang bersalah
Kenapa kau tak menilaiku sebaiknya
Kenapa harus kau keji aku
Kenapa kau jauhkan diri dariku
Kenapa kau cerita burukku pada orang
Kenapa kenapa kau diamkan kebaikanku pada semua
Kenapa kau salahkan aku??
Mungkin hanya kerana aku tak layak disampingmu..

Jumaat, 27 Februari 2009

suka tak berertinya cinta
rapat tak berertinya minat
baik tak semestinya ada maksud tersirat
hai..dunia..dunia. buat baik salah buat jahat lagi la salah. tak faham aku ngan segelintir manusia yang bernama wanita. kita berkenalan dengan harapan dapat mengenali. tapi bila baik je dah kata kitani syok kat depa. timbul macam2 gosip. nak telah bukannya ubat nak luah diaorang dah sumbat. aduhh... lantaklah. nak fikir apa. ada wanita yang mudah kita kenal, ada wanita yang susah kita kenai dan ada wanita yang susah tapi akhirnya mudah difahami tapi ada gak wanita yang kita mudah hendak kenai tapi lain plak jadinya bila dah kenai. aduusss.... kadang2 org suka salah anggap. buat baik je tuduh kita ni dah ada hati. baru 2 3 ari kenai dah hukum cam tu dah. pastu plak si tuan badan pun perasan yang kita ni ada maksud tersirat dibalik tersurat. hai... nasib aku lah berjumpa ngan wanita cam tu. tapi aku xmarahkan atau salahkan sapa2. aku yang bersalah sebenarnya. sbb buat orang salah sangka. apa nak buat kat orang yang macam ni??? nak jauhkan diri?? kata sahabat ku menjauhkan diri bukan satu langkah yang berkesan kerana kita tetap akan menganang peristiwa itu walaupun beribu batu kira pergi. betul gak. sampai sekarang aku rasa bersalah terhadap dia kerana dia terpaksa mengenali diri ku yang banyak membawa masalah kepadanya. menguriskan hati dan perasaan sehinggakan ia menghukum kaum aku yang lain bahawa lelaki semua sama. sya bermohon agar ia tak berfikir begitu. jangan hanya pandai cakap " jaga lah hati dan perasaan orang lain" sedangkan kamu juga terlupa dengan hati dan perasaan saya.aku bersyukur pada Tuhan kerna memberi nikmat yang besar kepada ku iaitu mengenali dirimu buat seketika.
p/s: awak..terima kasih sebab memberi peluang mengenali awak.

Selasa, 24 Februari 2009

kiri jalan KANAN PUN JALAN,
TeNgAh-tEnGaH pohon MENGKUDU;
KIRIM JANGAN pesan pun jangan,
SAMA-SAMALAH menanggung rindu.

p/s: rindu kampung ngan famly..huhuhu

Jumaat, 20 Februari 2009

Rabu, 18 Februari 2009

someday..

sebenarnya aku xtahu nak tulis pe. entah ati ku mula resah..resah dan terus keresahan bertandang. mana nak fikirkan atuk yang baru je masuk wad. nak pikir kerja, nak pikir orang sekeliling dan kawan2. haiii......asyik mengeluh je. aku teringin sangat berehat. dah lama aku xberehat. aku teringin melukis kembali. kerna dari situ aku meluahkan segala2nya. tapi aku tiada ruang untuknya. aku dah penat sangat. perjalanan kehidupan makin beranjau. dadaku terasa sesak sangat. nafas yang terhembus amat memeritkan. perasaan ku menghentam benak yang timbul. kadang2 aku lupa akan perasaan orang. kadang2 aku lupa kepentingan orang. kadang2 aku sendiri menyakitkan hati dan jiwaku sendiri. tapi aku tetap nekat. apa yang aku lakukan ada alasannya sendiri. alasan yang orang lain tak tahu. bila tak tahu, cam2 andaian dan rencah yang timbul. aku pasti satu hari akan ada orang yang akan faham. "one day u know why, someday i must try, but not now."
p/s: apa yang aku melalut pun xtau.

Selasa, 17 Februari 2009

mari berpantun

Hari jumaat pergi kepekan,
Ingin membeli si buah badam;
Ada hajat tidak diucapkan,
Ada hati kenapa dipendam.

Pulau payar jauh ketengah,
Pohon keladi tumbuh melata;
Takkan belayar bahtera indah,
Kalau dikemudi dua nakhoda.

Penglima garang ke kota tinggi,
Bersiap siaga tentera beratur;
Biarlah enggang bersarang tinggi,
Di bumi juga kedidi bertelur.

Anak merbuk turun kelaman,
Terbang semula kepohon kenanga;
Takkan merebut kumbang ditaman,
Dek kerana sekuntum bunga.

Pohon rambai pohon rambutan,
Pohon kuani di tepi perigi;
Ibarat tupai ditengah hutan,
Kesana ke mari seorang diri.

Anak undan terbang sekawan,
Hinggap dibatu ditepi kali;
Buat kawan aku lepaskan,
Biar aku cari pengganti.

Sorong papan tarik papan,
Didalam raga ada pelita;
Untuk kawan aku korbankan,
Moga bahagia tiada terasa.

Buah duku buah angsana,
Dijual saudagar mahukan wang;
Pantun aku tiada bermakna,
Hanya sekadar mengisi ruang.

p/s: pantun ini jgn disalah tafsirkan..

Isnin, 16 Februari 2009

Keretapi itu berhenti sekali lagi.

Tika keretapi itu dapat mencari laluannya
Dia mula melangkah
Enjin dihidupkan
Lampu dinyalakan
Hon dibunyikan
Maka
Keretapi itu mula bergerak..

Tika keretapi itu menuju ke destinasinya
Dia tersedar bahawa
Landasan itu bukan miliknya
Walaupun destinasinya sama

Rupanya
Keretapi itu berkongsi haluan
Untuk mengelak keretapi itu berlanggar
Dititik pertemuannya nanti
Maka
sekali lagi
Keretapi itu berhenti.
Ia berhenti
Memberi laluan buat

Keretapi seterusnya

camar senja.

Khamis, 12 Februari 2009

It's not time to make a change. just relax, take is easy. you're still youngs, that's your fault there's so much you have to know. find your problem, settle down. if you want, you can disscuse. look at me. i am old but i'm happy. i know that it's not easy to be calm when you're found something going on. but take your time think a lot. why, think of everything you're got. for you will still be here tomorrow, but your dreams may not. how can i try to explain, when i do she turns away again. it's always been the same. same old story. from the moment, i could tak i was ordered to listen. now there's a way and i know that i have to go away. all the times that i cried keeping all the things i know inside. it's hard, but it's harder to ignore it. if they were night i'd agree, but it's them you know not me. now there's a way and i know that i have to go away. i know i have to go.

Rabu, 11 Februari 2009

time susah cari, time senang belanggar bahu pun xnak tegur..

hai..adat manusia. time susah cari kita. call berkali2. pujuk agar tolong. time senang kita tegur pun xnak pandang. lalu depan mata pun buat2 xnampak. bila nampak je jalan macam ribut. arrhh.. persetanlah ko. ko je ada perasaan. ingat aku ni apa.?? kita ni sanggup turun bukak ofc semata2 nak tolong dia punya kerja. pijak semut pun tak mati, bila senag, kat belakang kata macam2. langgar hidung gajah pun gajah mati. aku pun satu. dari dulu lagi aku tau peragai dia cam tu tp ye la, ingatkan bila berbaik tenagla air dikali rupanya gelora tahap cipan plak yang melanda. susah2... sory la... setakat ni ja aku bantu. lepas ni jangan harap. kalau aku tolong pun bukan sebab ko, sebab org2 sekeliling ko. dalam 10 org baik rupanya wujud gak org yang dengki. hai..lantak lah.. lepas ni aku nak stright je. kalau rasa meyusahkan, lantak la..sapa suruh jadi besar kepala sangat.

p/s; NOW jop is jop and friends come after ofc hour.

Isnin, 9 Februari 2009

This time

tonight a sky above..
reminds me of you, love!
walking through wintertime
where the stars all shine..

the angel on the stairs
will tell you i was there...
under the front porch light,
on a mystery night...

I've been sitting watching
life pass from the sidelines..
been waiting for a dream to seep
in through my blinds..
i wondered what might happen
if i left this all behind..
would the wind be at my back?

could i get you off my mind
this time
the neon light in bars
and headlights from the cars
have started a symphony
inside of me..

the things i left behind
have melted in my mind..
and now there's a purity
inside of me.

Ahad, 8 Februari 2009

"What we done can't be undone"

Jumaat, 30 Januari 2009

siapa TAHU tentang ESOK

hari ini aku menaruh HARAPAN
hari esok aku harap ia menjadi KENYATAAN
tapi siapa tahu tentang esok
HARAPANku
IMPIANku
yang aku tanam
bukan senang untuk tumbuh
hari ini aku SENYUM sendiri
hari esok aku harap aku akan TERSENYUM lagi
tapi siapa tahu tentang esok
SENYUMku
TAWAku
yang ku ukir selalu
bukan selalu manis dibibir
hari ini aku berasa GEMBIRA
hari esok aku mahu GEMBIRA lagi
tapi siapa tahu tantang esok
KEGEMBIRAANku
KELINCAHANku
yang sentiasa ku wujudkan
bukan selalu bertandang
kerana HARI ESOK tiada siapa yang tahu
p/s:berani menaruh harapan, kena berani mengharungi kenyataan..

Rabu, 28 Januari 2009

MeLaKa


Melaka, BUMI mu ku PIJAK



time org balik bercuti kat kg aku tak balik kg. aku pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah.. bukan sekadar nama..sememangnya Melaka merupakan kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. pelbagai kehidupan tumbuh dan melata di sana.segenap ruang terisi dengan kisahnya.. Hatiku terpegun bila jejak je kaki ku di bumi Hang Tuah itu aku terpandang kemajuan yang pesat mengelilingi monumen sejarah. ada satu bagunan yang tinggi dinamakan taming sari yang diadaptasikan oleh nama keris Hang Tuah. terpasak kukuh menjadi mata bandaraya Melaka. aku mula kagum. aku teruskan melangkah. dengan hati yang penuh keinginan untuk meratah panorama Melaka aku mula mencari keindahannya.. Kota Melaka atau A Famosa. siapa yang tak biasa dengar namanya maka dia buta sejarah. salah satu bagunan yang menyimpan seribu misteri dan sejuta sejarahnya yang tersingkap padu di sebalik tembok-temboknya yang masih kukuh. mataku tertumpu pula pada kereta lembu..antara kenderaan tertua di Melaka. Unik lagi menarik. tak lepas juga dengan Beca..kenderaan Kelas Pertengahan pada era 1830an. beca yang dulunya menjadi pengangukan bagi golongan yang agak berada dan ibarat taxsi pada zaman sekarang tidak ketinggalan dalam meniti liku-liku sejarahnya yang tersendiri. kalau di sebalah siangnya penuh dengan bagunan sejarah yang tersergam indah, malamnya pula dihiasi dengan dengan sedikit penambahbaikan dalam meniti arus kemodenan dimana pihak kerajaan negeri mengambil langkah menjadikan melaka sesuatu yang hidup tak kira apa waktu sekalipun. maka lahirlah idea seperti RiverCross, Eye on Malaysia dan I on Melaka serta jalan2 nya penuh dengan penjaja seperti di jongke walk dan sebagainya.















itulah antara keistimewaan Melaka.. Kalau Korang nak merasainya datanglah ke MELAKA BANDAR BERSEJARAH..






Selasa, 13 Januari 2009

budakREPUTdansiBONGEK III

SalingMEMBANTU

hai semua...saya ni dah kira cam alat perhubungan la plak antara budak reput ni ngan si bongek tu. haii.....susah tol diorang ni. buat la blog sendiri..hehehehe jangan marah weh..gurau je ngan korang. jangan terasa plak. hehehehe k saya terus kepada apa arahan yang diberikan oleh si bongek. sibongek nak ucap terima kasih sangat2 kat budak reput sebab ambil berat ttg dia waktu sibongek tu sakit ari tu. ha ni aku nak tambah ckit.huhuhu nasib la korang, blog aku, aku tulis la apa pun, nasib la kalau saya kutuk korang berdua..hahahahaha korang tau tak.. ari tu si bongek ni demam..hahaha nasib la ada budak reput ni. kesian kat budak reputni kena g beli makanan, beli ubat..ish..ish.. aku ada xnak suruh plak.hahaha jangan marah ek.. tapi apa2 hal hope korang bahagia. korang bahagia, aku tumpang gembira. tapi jangan menyusahkan aku sangat2..hehehe nasihat aku pada budak reput, jangan layan sangat si bongek tu, ngada2 je tu..hahahaha pasa si bongek plak, jangan la selalu susahkan budak reput, kesian dia. dia tu budak2 lagi..hehehe ok aku harap korang chat, bahagia, xmeyusahkan antara satu sama lain, terutamanya tak menyusahkan aku..wahkahkahkah... dan yang penting jadilah insan yang terbaik.

Khamis, 1 Januari 2009

malam tahun baru

aktivititerakhir2008

31 Dis 2008 diakhiri dengan cabaran keatas diri sendiri. sebelum tu aku, suhaizam, faris, daus dan raja pergi Down Town K.L. Raja beli Jaket, Suhaizam beli kasut dan baju, Daus beli baju, Faris beli baju gak tp aku xbeli apa2 pun..huhu walaupun aku xbeli Raja beli Tedy Bear and hadiakan kat aku.huhuhuhu. lepastu balik Kolej tercinta ni. terus naik atas bumbung Baung. Tengok Bunga api dari situ. pertama kali tu naik bumbung Baung. mulanya aku xnak sbb takut. pastu terasa tercabar gak bila suhaizam berani naik. aku pun, himpun segenap kekuatan, buang segala ketakutan, tanam sebanyak mungkin keberanian dan dengan gagahnya aku berjaya gak naik ke bumbung Blok Baung tu. alangkan indahnya dan tenang ku rasa dengan angin malam yang menerpa tubuh ketika itu dapat ku lihat permandangan malam yang indah. banjaran malam yang disinari dengan kerdipan lampu. dapat ku lihat di serata tempat berkilaunya dengan letupan bunga api awal tahun. kalau xsilap 6 ke 7 tempat yang memancarkan bunga api. indah sekali kurasa. hehehehehe itu lah aktiviti terakhir aku untuk tahun 2008. terima kasih 2008 yg banyak meninggalkan kenangan. 2009! tunggu kehadiranku untuk mengisi lembaran mu dengan cerita ku..wahhhahahahahahaha....