Selasa, 29 Mei 2012

13 Mei 2012 Dalam Ingatan

13 MEI, sebenarnya angka 13 amat bermakna dalam hidupku. Angka 13 lah menjadikan hubungan sahabat2 saya terus berkekalan. Bermula tahun 2004, setiap 13 dalam tiap2 bulan kami (warga asrama SMKGC) telah mengistiharkannya sebagai HARI SAHABAT yang disambut tiap2 bulan hinggalah ke hari ini. bila sampai saja 13hb pasti aku akan ucapkan selamat hari sahabat kepada sahabat2ku yang tersayang serta adik2 asrama yang dikasihi lagi disayangi. TAPI pada tanggal 13 MEI 2012 terjadi satu peristiwa buruk yang mungkin tak dapat aku nak lupakan. dimana berlakunya pertengkaran kecil menjadi ke satu pertengkarang yang besar. Hebatkan Syaitan dalam meminpin manusia kejalan kehancuran dan perpecahan. maka pertengkaran yang berlaku antara aku dan seorang adik yang memang aku anggap macam adik aku pun berkecai..(huhu nak bagi nampak ayat tu gempaq lagi haha) Emmm.. nak buat macam mana masing2 Ego, tanduk dan ekor dah tumbuh masing2 taknak mengalah (sedar la pulak) tp apa boleh buat nasih dah jadi bubur. maka aku dikeluarkan dari senarai org2nya. (sedikit kecewa disitu) tipulah kalau aku cakap xde perasaan meyesai, tp nak buat macam mana, perkara sebegitu juga pernah aku ambil terhadap 2 org yang juga aku anggap macam adik. tp aku ada sebab dan mungkin juga dia ada sebab. so adil la kan aku dibalas Tuhan begitu. Bila diimbas kembali Aku redha mungki ada hikmah dariNya. Allah tak jadikan sesuatu itu tanpa sebab. (tetiba ada perasaan nak nangis lak) hakhakhak Sesuatu itu hak milik Allah, dia pinjamkan aku sebentar orang2 itu untuk disayangi dan mengambil kembali dalam keadaan kemarahan (nak kata benci aku tak benci sbb hanya sorang jer setakat umur aku nih yang aku benci sangat, huhuhu tapi aku dah maafkannya dunia dan ahkirat) jadi 13 Mei inilah menjadi titik mulanya untuk aku membina hati yang lebih cekal, mengurangkan rasa sayang dengan semua orang kerana aku takut perkara sebegini berlaku lagi. Apa2 pun aku amat bersyukur kepada Allah kerna mempertemukan aku dengan mereka. Mereka tetap ada dihati xkemana pun cuma aku bermohon satu hari nanti Allah tunjukan hikmanya kepada kami semua. Amin..

p/s: Dah takde tempat nak mengadu dan luah perasaan, kini kembali kepada cara asal.... mula menulis balik :)