Selasa, 19 Januari 2010

Holiday at Sg. Takala



BERCUTI sambil melihat KEINDAHAN ALAM




dengan penuh ketabahan dah semangat juang yang tinggi aku dan paklah telah berjaya menawan puncak air terjun sg takala..huhuuu lama rasa tak g mandi air terjun. tetida teringin nak g. bebekalkan moto aku tu kami berdua dengan tekat mencari dimanakah sg tekala bersemadi. lalu kami bertanyakan kpd si tobeng. dengan ilutrasi dan bayangan imaginasi darinya maka kami pun dengak confidennya meneruskan perjalanan mencari tanah yang hilang. betapa jauh gak la p ngan moto. tapi kalau naik kereta sekejap jer. ada la dalam 20 ke 30 minit gak la nak sampai. dah sampai kat sana..WAH!! hebat cantik menarik ko mmg the bom. akhirnya sampai gak kami ke sana dengan menempuh berbatu2 perjalanan yang boleh tahan gak la sampai merosakkan tayar motor aku.huhuhuuu. bila dah parking terus g beli makanan dulu kat luar tu. ramai yang menjaja. meriah tol. kemudian nak masuk ke kawasannya kena bayar RM 1 untuk dewasa dan RM0.50 tuk kanak2. tapi memadai sbb kebersihannya agak terjaga(agak la).. ramai gak org hari tu. aku terus ajak p.lah naik lagi atas. so mulalah xpdc mendaki anak2 tangga berselang dengan anak2 akar yang menjadi trek perjalanan. naik bukit turun bukit, naik batu turun batu, lompat sana lompat sini. huh dah lama aku tak tasa masuk hutan last time mendaki gunung jerai jer dulu tu pun dah hampir 3 tahun. badan pun dah terasa berat. baru aku sedar yang aku makin gemok..huhuhuhu tapi apa2 pun semangat aku masih ada.hehehehe bila dah sampai atas kami cari pot tuk landing. ramai org. muda tua kecik besar semua da. susah nak cari pot. last2 jumpak gak hasil ehsan org yang tak jadi nak duk kat situ.hahahaha. pastu pe lagi terus aku terjun. sejuk airnya sampai ke lapisan ke 6 kulit tubuh aku..hahaha (entah aku bedaljer) tp mmg sejuk. best segar. maka berendam lah aku sampai ke petang. ttiba aku terasa air makin laju. aku agak hujan di atas bukit sana nu. lalu kami pun naik n bersiap tuk balik. bila sampai jer di parking motor, tayar motor aku bocor. adus.. dah la pekan jauh nak mampus. 15km kot nak keluar balik. aku dah resah. aku g tanya abg yang jaga kaunter pembayaran tu. dia kata jauh bengkel motor. dah la tu hari ahad plak tu. entah bukak entah tidak. so mahu tak mahu aku tekatkan jiwa dan raga nih meredah gak. nasib aku baik tetiba sang pari-pari dari kayangan mengutuskan sebaris mentera lalu FuHHhhh!!! timbullah sebuah bengkel moto yang baru jer bukak 4 ari yang lalu. agak 100meter dari tempat tayar aku pancit. tapi tak nampak sebab terlindung ngan rimba yang mencakar langit. lalu lega dab bersyukur aku pada Tuhan yang satu kerana menolong hambanya yang lemah. dah siap pe lagi balik lah dengan memorinya.. (ada part yang aku xleh cerita sbb malas nak tulis..hehehe) k jumpa lagi