Isnin, 15 September 2008

Tika saat terkedunya nafas
Mengalirnya air ke sungai mata
Terukirnya senyuman terakhir
Maka terdetik di hati ini
Satu naluri yang tak pernah meruap
Ke gigi kali yang hamper kering..
Kerna naluri itu adalah naluri keinsafan.

Tika hujung nyawa ini tersekat-sekat menyebut
Kalimah keramat
Hati mula meronta
Dari sungai lasu ke bersempadan duka
Yang penuh dangan kecelaruan.

Ku dayung sampan resah perlahan-lahan
Menuju ketengah jiwa yang tenang airnya..
Ku campak joran kusut
Supaya dapat ikan sebesar pengertian
Yang penuh makna tersurat
Dan bukannya yang tersirat
Agar dapat kurungkai menjadi lurus fahaman.

Aku tunggu dan terus menunggu
Agar anganku nyata
Namun baru ku sedar
Tanpa umpan usaha ia takkan mengena.

Kini ..
Tika saat nyawa dihujung usia
Baru ku sedar
Mengapa lalang terkulai tika ditiup angin
Mangapa bayang-bayang hilang
Bila dicampak batu ke air
Dan mengapa resah bertandang
Bila nyawa di hujung usia.

Bait-bait kata,
Camar senja.
15 Sep. 2008 10.23pm.

Khamis, 11 September 2008

awak..

AwakHari tu awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me
AwakHari tu awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…Awak
Hari tu awak datang ofc saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti
Awak
Hari tu awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak
Hari tu saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadi senyum pun tak guna
Awak
Hari tu awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekaksebab saya x boleh pandang mata awak
Awak
Hari tu saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-harihuhu~
Awak
Hari tu kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepahoho~
Awak
Hari tu awak dekat dengan saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu ajebiase buat.ha2
Awak
Hari tu berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Awak
Hari tu saya nampak awak dari McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri
Awak
Hari tu saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi
Awak
Hari tu saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat siniJadi nak tak nak terpaksa sendiri
Awak
Hari tu hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih
Awak
Eesok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak
Awak
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati
Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…S
ebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak….