Rabu, 28 Januari 2009

MeLaKa


Melaka, BUMI mu ku PIJAK



time org balik bercuti kat kg aku tak balik kg. aku pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah.. bukan sekadar nama..sememangnya Melaka merupakan kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. pelbagai kehidupan tumbuh dan melata di sana.segenap ruang terisi dengan kisahnya.. Hatiku terpegun bila jejak je kaki ku di bumi Hang Tuah itu aku terpandang kemajuan yang pesat mengelilingi monumen sejarah. ada satu bagunan yang tinggi dinamakan taming sari yang diadaptasikan oleh nama keris Hang Tuah. terpasak kukuh menjadi mata bandaraya Melaka. aku mula kagum. aku teruskan melangkah. dengan hati yang penuh keinginan untuk meratah panorama Melaka aku mula mencari keindahannya.. Kota Melaka atau A Famosa. siapa yang tak biasa dengar namanya maka dia buta sejarah. salah satu bagunan yang menyimpan seribu misteri dan sejuta sejarahnya yang tersingkap padu di sebalik tembok-temboknya yang masih kukuh. mataku tertumpu pula pada kereta lembu..antara kenderaan tertua di Melaka. Unik lagi menarik. tak lepas juga dengan Beca..kenderaan Kelas Pertengahan pada era 1830an. beca yang dulunya menjadi pengangukan bagi golongan yang agak berada dan ibarat taxsi pada zaman sekarang tidak ketinggalan dalam meniti liku-liku sejarahnya yang tersendiri. kalau di sebalah siangnya penuh dengan bagunan sejarah yang tersergam indah, malamnya pula dihiasi dengan dengan sedikit penambahbaikan dalam meniti arus kemodenan dimana pihak kerajaan negeri mengambil langkah menjadikan melaka sesuatu yang hidup tak kira apa waktu sekalipun. maka lahirlah idea seperti RiverCross, Eye on Malaysia dan I on Melaka serta jalan2 nya penuh dengan penjaja seperti di jongke walk dan sebagainya.















itulah antara keistimewaan Melaka.. Kalau Korang nak merasainya datanglah ke MELAKA BANDAR BERSEJARAH..






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

stay kat hotel mane aritu mase g melake?

mINDRAs berkata...

stay kat puteri resort. lepas tol air keroh ckit je, dekat2 hotel sri malaysia..

n a b i l a a t h i r a berkata...

wahh2..jelajah abes satu melake..hu3 =PP