Isnin, 23 Mac 2009

siapalah aku untuk mereka

kadang-kadang aku lupa siapa aku
sering kali aku terabai orang sekelilingku
acap kali aku menundukkan diri
mencari siapa aku di sisi mereka
kawan,teman,pasangan atau
sekadar kenalan.

kadang-kadang aku tenung kata-kata
berkawan biar beribu
bercinta biar satu
biar ramai kawan
jangan ramai lawan
tapi aku juga terfikir
buat apa ramai kawan
jika
kawan makan kawan
kawan jadi lawan
kawan tika senang
lawan tika susah

kadang-kadang aku selami erti persahabatan
bersusah bersama senang juga bersama
tapi ada juga kawan
tika dia susah aku yang bersamanya
namun...
tika dia senang aku dia lupa
katanya dia bukan ada aku sorang untuk dikawan
aku hanya kawan tika dia kesusahan
tika kesenangan dia dengan kawan-kawannya
aku bukan lagi kawan
kerna aku hanya peneman
di tempat makan tika dia kesunyian
di hospital tika kesakitan
di balai polis tika ditahan
atau dilautan tika hampir kelemasan.

siapalah aku di sisi mereka?
aku cuba meneka
dengan harapan kena.

luahan, Mac 23' 09
Camar Senja.

p/s: pesan saya buat kawan2. aku bukan sehebat pahlawan yang mampu beri apa yang dimahukan.

Tiada ulasan: