Keretapi itu berhenti sekali lagi.
Tika keretapi itu dapat mencari laluannya
Dia mula melangkah
Enjin dihidupkan
Lampu dinyalakan
Hon dibunyikan
Maka
Keretapi itu mula bergerak..
Tika keretapi itu menuju ke destinasinya
Dia tersedar bahawa
Landasan itu bukan miliknya
Walaupun destinasinya sama
Rupanya
Keretapi itu berkongsi haluan
Untuk mengelak keretapi itu berlanggar
Dititik pertemuannya nanti
Maka
sekali lagi
Keretapi itu berhenti.
Ia berhenti
Memberi laluan buat
Keretapi seterusnya
camar senja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan