Rabu, 13 Februari 2013

Dapat balis password aku

Akhirnya setelah sekian lama aku hilang password masuk blog nih, maka hari nih aku dapat balik password aku..lama dah xpost. banyak benda yang tertinggal..haishhh... so lepas nih leh la mula balik menulis..hehe

Ahad, 15 Julai 2012

Hanya beberapa hari jer lagi nak masuk besday raja. so aku dah sempat siapkan video ucapan untuknya dalam bentuk stop motion. first time aku buat stopmotion. jenuh belajar nak buat. berhari2 mencari idea. dengan bebekal hampir 700 keping gambar hanya dapat 2 minit lebih jer. tapi xpe, aku puas sebab dapat buat lain dari sebelum2 nih.

tahun nih xdapat lah nak sambut besdaynya sbb dah berlaku perselisihan faham sikit. dan aku pun xnak ambil risiko untuk terus mengganggu kehidupannya lagi. lagi pun dia pernah kata "biarlah terus begini lagi elok dari sebelum nih" so aku ikutlah kemahuannya. kata2 tu aku ku ingat, time tu aku tanya kenapa remove aku dari Facebook. dan dia pun cakap bukan dia yg remove. mungkin sistem kot sbb lepas aku berselisih faham ngan dia terus aku deaktifkan akaun FB aku. bukan kata2 tu jer ada beberapa lagi kata2 dan apa yang dia cakap bermain dimindaku sampai sekarang. sebab tu aku suka tengok citer naruto sbb kat situ selalu cerita nasib orang yang kesorangan dan kehilangan orang2 yang diorang sayang, tak caya tgok sendiri.

Apa2 pun aku ikut jer, tapi hari2 aku akan lihat pintu rumah atau kereta dia sebagai pengubat rindu..hehe cukuplah. dan sebab tu juga lah aku keluar dari K5 yang aku sayang sangat. di situlah tempat aku mula2 jejak sejak pertama kali masuk tahan UPM nih. banyak kenangan berlaku. dan mungkin lepas nih aku xdatang K5 lagi bila dah xde sape2 yang leh aku tumpang lepak.

Apa2 pun, aku bukan nak cerita kenapa aku keluar K5 atau sebab per aku berselisih faham ngan raja atau pun soal FB. Yg nak aku cerita tentang stopmotion yang aku berjaya buat. nak post video tu kat sini sekarang rasa cam xbest plak sbb kena tunggu tuan punya badan dapat dulu.so lepas 24hb Julai 2012 nih aku akan cuba post kat sini.

hehe rasanya cam malas jer nak menulis lagi, so aku habiskan kat sini jer lah. nanti aku post video stopmotion yang aku buat tu kat sini ek.. :)

Selasa, 29 Mei 2012

13 Mei 2012 Dalam Ingatan

13 MEI, sebenarnya angka 13 amat bermakna dalam hidupku. Angka 13 lah menjadikan hubungan sahabat2 saya terus berkekalan. Bermula tahun 2004, setiap 13 dalam tiap2 bulan kami (warga asrama SMKGC) telah mengistiharkannya sebagai HARI SAHABAT yang disambut tiap2 bulan hinggalah ke hari ini. bila sampai saja 13hb pasti aku akan ucapkan selamat hari sahabat kepada sahabat2ku yang tersayang serta adik2 asrama yang dikasihi lagi disayangi. TAPI pada tanggal 13 MEI 2012 terjadi satu peristiwa buruk yang mungkin tak dapat aku nak lupakan. dimana berlakunya pertengkaran kecil menjadi ke satu pertengkarang yang besar. Hebatkan Syaitan dalam meminpin manusia kejalan kehancuran dan perpecahan. maka pertengkaran yang berlaku antara aku dan seorang adik yang memang aku anggap macam adik aku pun berkecai..(huhu nak bagi nampak ayat tu gempaq lagi haha) Emmm.. nak buat macam mana masing2 Ego, tanduk dan ekor dah tumbuh masing2 taknak mengalah (sedar la pulak) tp apa boleh buat nasih dah jadi bubur. maka aku dikeluarkan dari senarai org2nya. (sedikit kecewa disitu) tipulah kalau aku cakap xde perasaan meyesai, tp nak buat macam mana, perkara sebegitu juga pernah aku ambil terhadap 2 org yang juga aku anggap macam adik. tp aku ada sebab dan mungkin juga dia ada sebab. so adil la kan aku dibalas Tuhan begitu. Bila diimbas kembali Aku redha mungki ada hikmah dariNya. Allah tak jadikan sesuatu itu tanpa sebab. (tetiba ada perasaan nak nangis lak) hakhakhak Sesuatu itu hak milik Allah, dia pinjamkan aku sebentar orang2 itu untuk disayangi dan mengambil kembali dalam keadaan kemarahan (nak kata benci aku tak benci sbb hanya sorang jer setakat umur aku nih yang aku benci sangat, huhuhu tapi aku dah maafkannya dunia dan ahkirat) jadi 13 Mei inilah menjadi titik mulanya untuk aku membina hati yang lebih cekal, mengurangkan rasa sayang dengan semua orang kerana aku takut perkara sebegini berlaku lagi. Apa2 pun aku amat bersyukur kepada Allah kerna mempertemukan aku dengan mereka. Mereka tetap ada dihati xkemana pun cuma aku bermohon satu hari nanti Allah tunjukan hikmanya kepada kami semua. Amin..

p/s: Dah takde tempat nak mengadu dan luah perasaan, kini kembali kepada cara asal.... mula menulis balik :)

Sabtu, 10 Mac 2012

HAri laHIR kE 27

HAri nih MerUPAkan Ari laHIR aKu yaNG kE 27. Terasa BERtuaH SanGAt keRNA dapaT laGI menGHIrup udaRA dan DIKUrniakan NIKmat KEhidUPan. INI berMAkna ALLAh nak baGI peLUANG kepada Aku UNtuk berIBADAt padaNYA bebANYAK. dan DIBEri PelUANg untUK aku mEnebus DOSA-dosa LAlu. DUlu aku INGat bila TIme hari LAhir aku RAmai Yang sambut dan BUat KejuTAn.. hehe Itu semua MAsa Aku MUda2 Dulu LA sekArang DAh TUa. TIada Lagi Benda2 mEngejutKAn. HAnya Ucapan SAHaja. TApi AKU sangAT berasa BErtuaH denGAN ucapAN yang DIberikan. TAnda akU masiH diINgati kawan2 TErutamanya KAwan LAMA aku yang ILang Entah KEmana. Time CAM nihlah DIAorg munCUL balik. BErtuahkan AKu??

TAk luPA gak ADIk2 yang BAru aku KEnali. Tapi MEreka diINgatkan Dengan TEKnologi BAharu tak MACAm aku dan KAWAN2 dulu. SIap TULIs dalam BUku laGI tARIk hari LAHir kawan2 Sebab TU TAk LUpa. INgaT LAgi di HARi2 TErakhir sEkolah meSTI maSING2 MEmbERI buku UNtuk DIisi BIodata MAsing2.. haha Indah Sekali SAat tu. Kini MAsing2 DAH besAR2 beLAka.

Kepada YAng BEri UcPAN TErima KAsih BEbanyaK dan KEpada KAWan2 LAMa AKU amaT mENGhargai PErsahabatan YANG terjaLING. TErima KASih SEmua SAYA SAYANG KAMU SEMUA Tak kiRA ka MANA BErada KErna KAMU SEntiasa DIHati akU.

nukilan rasa,
Camar SEnja.

Jumaat, 17 Februari 2012

Malam nih hati rasa tak sedap jer

Entah lah..tak tahu nak cakan cam ner, tp malam nih ati aku rasa xsedap jer. mood pun rasa semacam jer. mungkin sebab sunyi takde sape nak berbual kot. aku gagahkan diri datang umah adik nih yang aku anggap dia macam adik angkat aku. (aku jer lah yg anggap dia cam tu) dengan tujuan ada gak org nak berbual2. nak ilangkan sikit resah di hati. tapi dia ada event la plak. so xpelah aku tunggu dia sampai habis majlis. juga dengan harapan dapat berbual dengan dia nanti.

Tapi malangnya jam telah pun menunjukan lewat jam 12.00tagh mlm. aku masih menanti. tp dek kerana seharian bertungkus lumus semasa bengkel pagi hingga ke petang tadi aku dah xmampu menunggu. badanku letih. mata ku mula mengantuk. kalau aku gagahkan diri menunggu pun mesti dia plak yang penat. kesian plak nanti terpaksa melayan aku hanya dek kerana nak berbual. Jadi aku dengan hampa hati membatalkan niat aku tuk berbual2 dengannya. biarlah hati resah asal xmenyusahkan org lain. lagi pun bila aku tidur mungkin resah dihati akan hilang. Tapi, bolehkah aku lelapkan mata kejap lagi????

Walau apa pun aku cuba tuk tidak melayan resah hati. harap2 apa yang bermain dikotak fikiranku tak terjadi. Ya Allah hanya pada engkau aku berserah. tenangkanlah hati aku. k lah blogesss yg lain. aku sudah disini. thanks kerna membaca lembaran hati kat sini.

Sabtu, 7 Januari 2012

Sudah dapat jawapannya

Selama nih aku tertanya2 kenapa sikapnya makin tawar dan tak seperti dulu lagi. aku rindu sangat nak baca msgnya seperti dulu. aku suka perkataan SAYANG, RINDU, ADIK, ABANG dan juga sebutan dari mulutnya. sudah lama aku tak mendengar. malah sikapnya selalu dingin dengan aku. kini, hari ini aku sudah dapat jawapannya. upanya dia sudah ada yang lain untuk semua perkataan itu. hati dan fikiranku berkecamuk bila aku dapat tahu. taktahu nak cakap apa. tak tahu perasaan nih macam mana. aku teramat2 cemburu dan rasa tersangat2 #@$#@&% (xtau nak gambarkan ngan perktaan) tp yang paling mengejutkan lagi dia........................................(biar aku saja yg merasai dan mengetahuinya)

Sabtu, 2 Julai 2011

hari yang membosankan

HARI NIH TERASA SANGAT KEBOSANANNYA..

KOSONG, TAK TAHU NAK BUAT APA.. SELAMA NIH KALAU BOSAN PUN MASIH TERASA ADA BENDA YANG NAK DILAKUKAN DAH DAPAT MERASAI APA YANG DILAKUKANNYA ITU. TAPI HARI INI, TERASA BOSAN TERSANGAT-SANGAT, WALAUPUN ADA KERJA YANG DIBUAT TAPI FEEL TU TAK DE LANSUNG.

ENTAH LAH, BUAT APE PUN SERBA TAK KENA JER. AKU CUBA MENGGAGAHKAN DIRI KELUAR KE JUSCO, TP TAK TAHU HALA TUJUAN, TGOK BARANGAN PUN TAK SEMANGAT. AKU JUST BELI SETERIKA SAJA KAT SANA. AKU TAK TAU NAK BUAT APE SEBENARNYA..HUHU PASTU BALIK. BILA BALIK PUN TAK TAU NAK BUAT APE, TU YANG AKU ISIKAN MASA DENGAN MENULIS BENDA NIH. K LAH T AKU TULIS BENDA LAIN PLAK. BYE

Jumaat, 18 Februari 2011

IndaHnya BuLan

Semalam aku pergi jaga exam..terpandang bulan penuh. cantik. besar. dekat sekali. bulan baru muncul di kaki langit. justeru selepas aku pulang dari jaga exam, aku pandang dan cari bulan itu tadi. masih indah. mengeluarkan cahaya yang cerah. menyinari kegelapan malam. indah sungguh malam dek limpahi cahaya bulan. lalu ku gapai camera dgtal aku. Nikon Coolpix L110 bersama trippot. lalu cu ambil seberapa banyak gambar bulan.. indah sekali.. lihat lah bulan purnama. lokasi belakang baung Kolej Kelima UPM.








Selasa, 1 Februari 2011

Petua tuk ilang sakit gigi



aku nak kongsi sedikit petua pelik yang baru jer aku dapat dari kawan semalam. petua bagai mana nak redakan rasa sakit gigi.. sakit gigi boleh menyebabkan pelbagai implikasi yang lebih buruk. antaranya, menyebabkan saraf rosak, boleh menyebabkan pekak, saraf hati terganggu dan bebagai lagi..cuba tanya doktor gigi kalau xcaya.


semalam aku terasa sakit gigi. so seorang kawan dari serawak memberi petua menggunakan bawang merah. baru pertama kali aku dengar tau. bawang merah tu di potong melintang seperti dalam gambar di atas tu. kemudian letakkan pada nadi kedua2 belah tangan. baring diam2. anda akan dapat rasa perubahannya dalam masa 15 minit. betol, mula2 sy cam xcaya gak, berkesan ke tak. tp mmg berkesan.sy dah cuba.


untuk kelegaan sementara boleh la, lepas dah tak rasa sakit, pergi la cabut. jgn biar lama2..

Isnin, 24 Januari 2011

Adik-Adik

rasanya sudah lama blog aku nih x d update.. jarang dah aku nak menulis. mungkin sbb kekangan masa atau idea.. hari nih aku cuba menarikan jemari ku untuk menulis sepatah dua kata, merungkai sebuah cerita, mencorat sebarin keluhan rasa, agar ada gak cerita untuk di baca.hehehe

kisahnya bermula pada suatu ketika, bila hati mula bertanya. kemana perginya adik-adik ku yang kucinta, sayang sepenuh jiwa, bukan adik dirumah saja, bahkan yang duduk merata2. termasuk si dia dan sidia. dekat di jiwa, tinggal pun tak seberapa ela, hanya selang beberapa blok sahaja, tapi jauh dimata, tak lekat di minda, mungkin lupa dek masa, atau masing2 sebok belaka.
sesekali aku bertanya, pada minda dan jiwa. adakah aku suka memburuk sangka? tapi ternyata, bukan sehari dua, tapi berbulan lamanya, masih juga aku memikirkannya. dulu sama senyum ketawa, bermesg tak tentu masa, keluar pun kadang2 bersama. tapi sejak sebulan dua, tiada lansung khabar berita, mahupun semesej dua, xde yang bertegur sapa, terasa gak hati dalam dada.

adakah aku ada salah dengan mereka? atau masing2 dah xsuka.. xpelah, lagi pun aku dah nak pindah, teruskan lah buat tak endah, aku pun dah rasa tawar hati. malas dah nak ambik adik reramai lagi, buat susah hati. so aku nak stop setakat ini. masing2 buat lah hal sendiri, malas nak ggu lagi, buat terasa hati, kecil hati..

Selasa, 7 Disember 2010

JAUH betol...

terasa jauh betol hati ini mula melangkah setelah sekian lama ia membisu dah mendiamkan diri.. kini, hari ini...hati yang menyepi itu mula melangkah kembali dengan sedikit kekuatan dalam kesamarah, cuba untuk mencari suatu cahaya yang menyinar jauh dari sudut gelap itu..hati ini tahu, di sebalik cahaya yang jauh itu mungkin terdapat satu harapan yang besar..yang selama ini ditunggu2. hati ini melangkah menujunya.. langkah demi langkah di ambil tanpa menghiraukan kegelapan..kerna padanya hanya cahaya kecil lagi jauh itu saja impiannya sekarang..biarpun seberapa jauh, akan ku kejar dengan harapan sudut yang gelap ini dilimpahi dengan cahaya itu..

Isnin, 6 Disember 2010

tak sukenye...

taksukenye perasaan beginih..dah lama kot perasaan macam nih xbertangdang..adeh

Sabtu, 26 Jun 2010

nak lagi ke??

semenjak dua menjak ini, aku tertarik dengan gelagat someone nih. dia nampak manja, suke bertanya, and kalau dia nampak aku dari jauh mesti dia akan dtg dkat dan menyapa. bersalaman. dah macam aku nih abg dia. hehehe baik budaknya. cakap dengan aku sangat sopan dan manja, belum pernah lagi aku jumpak budak camnih. bagus tol. orgnya suka bergaya gak, malu2 orgnya, muka cute, kalau senyum lagi cute, org hensome lah katakan. dia buat kerja teliti orgnya, kadang2 cepat cuak dan risau. kalau aku bgtau dia yang aku nak buat sesuatu mesti dia cam cuak ckit dan xbagi aku buat, dia lak yg nak tolong buatkan.. hais..budak nih. baik tol. tp aku lak xleh cam tu. apa2 pun mudah sangat berurusan dengannya. ada sekali tu barang aku ada bersamanya, pastu ada kawan2 dia ambil, bila aku tanya dia dah penic, terus call. kadang2 nak ketawa pun ada..hhehehe tp aku suka tgok gelagat dia, manja. emm.. kalau ada peluang nak ambil dia jd adik angkat aku lah.. biar makin ramai adik2 angkat aku.hehehe leh kan abg ambik adik angkat lagi wahai adik2 ku sekelian..huhuhuhu

Selasa, 22 Jun 2010

siapa nak pedulikan aku..

Xde siapa nak msg aku hari nih. bosan btol melalui hari2 begini. xde ke org nak bertanya khabar tentang diri ini?? Xde siapa yang perduli akan aku nih.. ish..ish..ish..sedih tol. siapa yang kesah atas kewujudan ku. aku diperlukan tika mahu pertolongan, tika senang.., cam nih lah... lupa yang aku sebahagian dari alam atau mungkin sebahagian dari hidup mereka.. tu pun kalau ada.huhuhu biarlah kalau t ada masalah or nak mintak tolong ramai lah tu. ye lah siapalah aku pada mereka, kawan ketika susah, peneman tika ada masalah. biarlah....mungkin tika ini mereka tidak rindu atau sudah melupakan aku....