akuDAHjadiGILER
DENGANakuariumAKUdengan hobi aku terhadap ikan hiasan den mendekorasikan akuarium, membuatkan aku berbelanja besar terhadapnya. dah pernah ada 5 akuarium aku setakat nih. nasib sekarang tinggal 2 je tu pun sebab tak muat bilik aku nak letaknya. kalau tak, kira dah boleh jadi cam akuaria KLCC..hahahaha. ok yang kat bawah tu akuarium aku mula2 sekali bila aku menerjah kealam akuatik nih. seingat aku Tulet yang membawa aku berenang jauh kealam akuatik ni hingga lah aku mampu berenang sendiri sekarang dengan pelbagai keseronokan membela hidupan akuatik nih. mula dari tu, aku mula lah berminat terhadap mendekorasikan akuarium plak. mula belajar bagaimana nak tanam pokok dalam akuarium sehinggakan aku berbelanja sampai mencecah ratusan ringgit hanya untuk meindahkan akuarium aku tu. tak jadi je aku buat lain hingga aku puas hati. tapi sampai sekarang aku masih tak puas hati lagi..huhuhu. kemudian aku beli akuarium lagi untuk menjadi mangsa experiment aku..hahaha so terhasil lah seperti gambar disebelah. akuarium ni lah yang paling banyak aku habiskan duit hingga sekarang. kalau di hitung kira boleh mencecah RM 800.00 dari mula beli hingga lah sekarang. so sekarang aku tengah buat experiment terhadap satu lagi akuarium yang telah aku ubah dari dekorasi laut kepada tropika. so, kiranya di sini sebelum ini juga aku mempunyai sebuah akuarium yang aku design ala-ala marin..kiranya nampak cam akuarium laut la padahal aku g cari ikan2 yang seakan2 hidupan laut jer..huhu so akuarium tu kini telah aku ubah suai dengan menanam pokok tutup bumi. so aku hanya pakai pokok yang nampak seperti rumput je lah dalam akuarium tu. mungkin 2 bulan lagi boleh aku post kan pic yang yang telah siap di buat. so setakat ini ia masih lagi dalam pembikinan. menghabiskan duit lagi aku nih..hehehe tp ape2 pun nak buat camner, hobi punya pasal. ni dah jadi hobi keberapa tah dalam diari hidup aku nih. so sekarang ni jugak aku tengah gila kumpul ikan laga plak. tapi yang warnanya lain dari yang lain. merata aku cari. so sekarang aku sudah ada 6 ekor ikan laga. 5 aku letak kat ofc dan sekor simpan di bilik.huhuhuu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan