Selasa, 17 Februari 2009

mari berpantun

Hari jumaat pergi kepekan,
Ingin membeli si buah badam;
Ada hajat tidak diucapkan,
Ada hati kenapa dipendam.

Pulau payar jauh ketengah,
Pohon keladi tumbuh melata;
Takkan belayar bahtera indah,
Kalau dikemudi dua nakhoda.

Penglima garang ke kota tinggi,
Bersiap siaga tentera beratur;
Biarlah enggang bersarang tinggi,
Di bumi juga kedidi bertelur.

Anak merbuk turun kelaman,
Terbang semula kepohon kenanga;
Takkan merebut kumbang ditaman,
Dek kerana sekuntum bunga.

Pohon rambai pohon rambutan,
Pohon kuani di tepi perigi;
Ibarat tupai ditengah hutan,
Kesana ke mari seorang diri.

Anak undan terbang sekawan,
Hinggap dibatu ditepi kali;
Buat kawan aku lepaskan,
Biar aku cari pengganti.

Sorong papan tarik papan,
Didalam raga ada pelita;
Untuk kawan aku korbankan,
Moga bahagia tiada terasa.

Buah duku buah angsana,
Dijual saudagar mahukan wang;
Pantun aku tiada bermakna,
Hanya sekadar mengisi ruang.

p/s: pantun ini jgn disalah tafsirkan..

2 ulasan:

in☂an Jun$u berkata...

incek mindras reka sndri ke pantun ni??best la..anda mmg brbakat!tahniah.hehe

mINDRAs berkata...

yup..xde la berbakat sangat. sekadar cuba2 je..huhuhuhu thanks..