Selasa, 26 Ogos 2008

TIPU I

Dik…
Kenapa manusia sering menipu
Walau dia benci bila di tipu
Tapi dia sering menipu

Keikhlasan yang di minta
Penipuan yang menjelma
Mengapa, kenapa dan untuk apa
Dia menipu?
Masih tertanya lagi oleh ku.

Apakah dia tidak tahu
Betapa hancurnya hati orang yang ditipunya
Apakah memang dia suka melihat
Hati dan perasaan orang yang ditipunya
Hancur, hampa, pilu, malu dan menangis
Dalam membisu.

Kenapa dunia sering tertipu
Dan kenapa penghuninya asik menipu?
Satu penipuan menghancurkan seribu harapan
Namun seribu harapan tak mampu
Menutup satu penipuan.

Dik…
Seringkali ku tertanya
Apa gunanya kita menipu
Apakah sukar untuk kita berterus terang
Atau memang kita suka menipu?
Atau nak jaga hati dan harapan orang.
Tapi… hati dan harapan akan hancur
Bila tahu yang dia ditipu.

Nukilan Rasa,
Camar Senja

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nie sendiri wat ker??
nak jd seniman yer....

mINDRAs berkata...

yup..ada banyak lg kat umah
ingat raya ni balik kg nak ambil balik masukkan kat dalam blog.huhuhuhu