Insan Istimewa Dalam Catatan Ku
Pertemuan itu sangat indah…
Aku mengenali mu
Dengan naluri ribuan cemburu
Ikemudian ku terhibur
Dengan jutaan telatah engkau
Seringkali naluriku berkata
Kaulah insan istimewa
Bait-bait cinta mula ku semai
Ku semaikan di hati
Agar ia kan mekar buat selamanya
Serta di sulami keharuman berpanjangan
Segenap memori kita
Ku coretkan di lembar diari kenanganku
Senyuman, helai tawamu, kesedihan dan keperitan mu
Semuanya telah ku catatkan..
Namun masa menentukan segalanya
Kita dipisahkan oleh jarak dan waktu
Kini, kau telah berubah
Janjimu..harapanmu..anganmu..
Semuanya hanya bayu yang berlalu
Lunak menyapa namun..
Segarnya sementara
Kini kita telah hilang haluan
Kerna bayu yang bertiup
Sentiasa berubah
Kau di hembus ketempat yang indah
Ku melayang ke lembah kesunyian
Tiada lagi suara mu..
Tiada lagi kelibat mu
Yang tinggal hanyalah
Sejuta kenangan yang tersemat padu dihatiku
Biar jauh kau meninggalkan ku
Biar setinggi awan kau menghilang
Aku akan tetap mengigati mu
Kerana kaulah
Insan istimewa dalam catatanku.
Nukilan rasa
Camar Senja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan