Selasa, 26 Ogos 2008

Tiada Semanis Kenangan Semanis Pertemuan

Walau jauh kita merantau
Walau terpisah seribu batu
Namun tetap tersemat dihati satu naluri
Naluri yang mungkin takkan terpadam
Itulah naluri persahabatan.

Takkan ku lupa setiap dengus nafas
Yang sentiasa menerjah kerongga kenanganku
Akan sentiasa ku melodikan
Dan ku nyanyikan balada senyuman yang terukir.
Keakraban yang terbina
Lebih kukuh dari tembok besar china
Lebih tinggi dari sebuah piramit
Lebih indah dari taman tergantung
Dan lebih unik dari ukiran taj mahal.
Biar berubah waktu dan jarak
Biar terpesong angin dan bayu
Namun akan kita kekalkan talian itu
Akan kita simpulkan agar tak terungkai
Dalam meniti...dalam membelit sayap zaman.

Kini...kita akan berhujan dengan titisan mutiara mata
Kita akan tersentak dengan esakkan suara kenangan
Itulah...itulah hembusan memori yang sentiasa menerpa
Menjadikan kita saling merindu
Saling mengasihi akan talian ini.

Kita bertemu kerana ilmu
Kita berpisah kerana perjuangan
Tapi kita akan bersatu kembali kerana kenangan...

Tiada seindah perhubungan dari persahabatan
Tiada seerat pelukkan dari pelukan perpisahan..
Tiada semanis kenangan semanis pertemuan.



Camar Senja
01 Ogos 2007

Tiada ulasan: