Selasa, 26 Ogos 2008

Memori I.

Manakah perginya kemesraan..
Secebis kenangan kini belegar diingatan
Kini aku di sini mencipta memori silam,
Ku sentiasa mengubah memori itu
Agar menjadi cebisan kenangan..

Sampai bila harus ku pendam duka ini
Seringkali ku terhiris dengan senyuman mu,
Entah bila dapat ku rakam memori baru
Yang manis seperti dulu…

Kini kau sentiasa mengukir senyuman
Senyuman yang penuh duri kepadaku
Ku sering kali terhiris
Dan terus terhiris

Ku sentiasa memberi kesempatan
Agar ada ruang yang terbuka di hati mu
Aku akan terus berdiri di sini
Agar terciptanya kembali naluri kasih mu…

Kasihku yang terlalu dalam
Akan ku sentiasa siram tanpa jemu
Akan ku jadi seorang perindu
Agar diriku sentiasa mengenang akan dirimu

Harapan ku agar kau akan ingat kembali
Saat manis kita bersama..
Tika kita membina harapan dan impian……

Nukilan rasa,
Camar Senja

Tiada ulasan: