Kesengsaraan
Sesekali terdengar esakan tangis anak kecil
Bersilang sedu-sedan keluhan situa
Menerjah kepangkal rasa
Bukan kerana gembira
Tetapi dimamah sengsara.
Ku dengar sayup-sayup dentuman motar
Menggegar bumi yang tandus
Debu-debu yang beterbangan
Membawa kerakusan bicara
Si tua yang merintih itu
Memeluk erat si penyambung zaman
Tangan yang menggigil menahan ketakutan
Merangkul hati yang kedukaan
Si tua berfikir apakah kesudahannya
Apakah caranya
Apakah natijahnya
Terhadap anak-anak bangsa
Untuk menebar sayap-sayap zaman
Bumi yang dirobek
Tanah yang dihimpit
Makin tinggal dedebu berterbangan
Bilakah sengsara ini akan berakhir
Haus lapar sudah ditegar
Sakit maung sudah dirasa
Namun...
Entah bila senyuman akan terukir
Air mata takkan mengalir
Bilakah..bilakah?
Nukilan Rasa,
Camar Senja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan