Selasa, 26 Ogos 2008


TIPU II

Dik…
Kita bisa menipu
Tapi sanggupkah kita ditipu?
Kita biasa ditipu
Tapi sanggup terimakah penipuan itu?
Mengapa wujudnya tipu
Dengan tipu seribu hati hampa
Dengan tipu seribu kepercayaan hilang
Dengan tipu harapan kecundang
Bilakah akan lenyepnya penipuan
Terfikirkah akan kita
Akibat penipuan yang tercipta
Harapan dan kepercayaan yang ditanam
Akan lesu dan hati menjadi resah
Bila tahu kita di tipu

Dik…
Kata si penipu yang menipu
“bukan niat hendak menipu
Tapi untuk biarkan orang lain bahagia”
Dia terpaksa menipu
Untuk orang lain dia korbankan
Kehendaknya
Biar orang lain bahagia walaupun
Dia kecewa, sebab itu dia menipu
Kata si tertipu yang di tipu
Walau aku bahagia dan kau kecewa
Namun setelah ku tahu
Ia ibarat melukakan hatiku lagi
Sebab aku tertipu begitu.
Aku rasa terhina
Kerana hidup dan kebahagian ku
Hanya kepura-puraan yang dibuat
Oleh si penipu
Aku rela ditolah dari ditipu
Aku rela tak dapat dari ditipu,
Entah bilakah penipuan ini akan berakhir?
Adakan setelah si penipu mati?
Penipu yang baru akan muncul pula.
Apakah setelah dunia ini kiamat?
Ya! Mungkin setelah dunia ini kiamat
Baru penipuan akan berakhir…

Nukilan Rasa,
Camar Senja

TIPU I

Dik…
Kenapa manusia sering menipu
Walau dia benci bila di tipu
Tapi dia sering menipu

Keikhlasan yang di minta
Penipuan yang menjelma
Mengapa, kenapa dan untuk apa
Dia menipu?
Masih tertanya lagi oleh ku.

Apakah dia tidak tahu
Betapa hancurnya hati orang yang ditipunya
Apakah memang dia suka melihat
Hati dan perasaan orang yang ditipunya
Hancur, hampa, pilu, malu dan menangis
Dalam membisu.

Kenapa dunia sering tertipu
Dan kenapa penghuninya asik menipu?
Satu penipuan menghancurkan seribu harapan
Namun seribu harapan tak mampu
Menutup satu penipuan.

Dik…
Seringkali ku tertanya
Apa gunanya kita menipu
Apakah sukar untuk kita berterus terang
Atau memang kita suka menipu?
Atau nak jaga hati dan harapan orang.
Tapi… hati dan harapan akan hancur
Bila tahu yang dia ditipu.

Nukilan Rasa,
Camar Senja

Kesengsaraan

Sesekali terdengar esakan tangis anak kecil
Bersilang sedu-sedan keluhan situa
Menerjah kepangkal rasa
Bukan kerana gembira
Tetapi dimamah sengsara.

Ku dengar sayup-sayup dentuman motar
Menggegar bumi yang tandus
Debu-debu yang beterbangan
Membawa kerakusan bicara
Si tua yang merintih itu
Memeluk erat si penyambung zaman
Tangan yang menggigil menahan ketakutan
Merangkul hati yang kedukaan

Si tua berfikir apakah kesudahannya
Apakah caranya
Apakah natijahnya
Terhadap anak-anak bangsa
Untuk menebar sayap-sayap zaman
Bumi yang dirobek
Tanah yang dihimpit
Makin tinggal dedebu berterbangan

Bilakah sengsara ini akan berakhir
Haus lapar sudah ditegar
Sakit maung sudah dirasa
Namun...
Entah bila senyuman akan terukir
Air mata takkan mengalir
Bilakah..bilakah?

Nukilan Rasa,
Camar Senja

Insan Istimewa Dalam Catatan Ku

Pertemuan itu sangat indah…
Aku mengenali mu
Dengan naluri ribuan cemburu
Ikemudian ku terhibur
Dengan jutaan telatah engkau
Seringkali naluriku berkata
Kaulah insan istimewa
Bait-bait cinta mula ku semai
Ku semaikan di hati
Agar ia kan mekar buat selamanya
Serta di sulami keharuman berpanjangan
Segenap memori kita
Ku coretkan di lembar diari kenanganku
Senyuman, helai tawamu, kesedihan dan keperitan mu
Semuanya telah ku catatkan..
Namun masa menentukan segalanya
Kita dipisahkan oleh jarak dan waktu
Kini, kau telah berubah
Janjimu..harapanmu..anganmu..
Semuanya hanya bayu yang berlalu
Lunak menyapa namun..
Segarnya sementara
Kini kita telah hilang haluan
Kerna bayu yang bertiup
Sentiasa berubah
Kau di hembus ketempat yang indah
Ku melayang ke lembah kesunyian
Tiada lagi suara mu..
Tiada lagi kelibat mu
Yang tinggal hanyalah
Sejuta kenangan yang tersemat padu dihatiku
Biar jauh kau meninggalkan ku
Biar setinggi awan kau menghilang
Aku akan tetap mengigati mu
Kerana kaulah
Insan istimewa dalam catatanku.

Nukilan rasa
Camar Senja

Memori I.

Manakah perginya kemesraan..
Secebis kenangan kini belegar diingatan
Kini aku di sini mencipta memori silam,
Ku sentiasa mengubah memori itu
Agar menjadi cebisan kenangan..

Sampai bila harus ku pendam duka ini
Seringkali ku terhiris dengan senyuman mu,
Entah bila dapat ku rakam memori baru
Yang manis seperti dulu…

Kini kau sentiasa mengukir senyuman
Senyuman yang penuh duri kepadaku
Ku sering kali terhiris
Dan terus terhiris

Ku sentiasa memberi kesempatan
Agar ada ruang yang terbuka di hati mu
Aku akan terus berdiri di sini
Agar terciptanya kembali naluri kasih mu…

Kasihku yang terlalu dalam
Akan ku sentiasa siram tanpa jemu
Akan ku jadi seorang perindu
Agar diriku sentiasa mengenang akan dirimu

Harapan ku agar kau akan ingat kembali
Saat manis kita bersama..
Tika kita membina harapan dan impian……

Nukilan rasa,
Camar Senja


pintu masuk Makam Mahsuri, Langkawi.
Bila hati berbicara

Tika hati ini merisik kisah lalu
Hiba, pilu, perik, dan sedih mengimbau kenangan
Dalam diam memori kian terkikis
Menerjah ke segenap ruang hati

Tika hati ini menyanyi lagu balada pilu
Titisan bak mutiara menitis di pipi
Sebak acap kali silih berganti
Namun balada pilu ini tetap menerjah
Menyanyikan tanpa henti…

Bila hati berbicara lagi
Hidup ibarat kelam
Resah bertandang
Entah bila balada akan berhenti.

Nukilan Rasa
Camar Senja

Tapsup dengan impian

Sejarah mengajar kita erti kehidupan…
Sejarah mengimbaukan kita sejuta kenangan…
Sejarah membuatkan kita mengenang masa nan silam…

Seringkali kita terleka dengan masa depan
Seringkali kita lupa akan perjalanan
Namun acapkali kita tapsup dengan impian.

Nukilan rasa Camar Senja
Tiada Semanis Kenangan Semanis Pertemuan

Walau jauh kita merantau
Walau terpisah seribu batu
Namun tetap tersemat dihati satu naluri
Naluri yang mungkin takkan terpadam
Itulah naluri persahabatan.

Takkan ku lupa setiap dengus nafas
Yang sentiasa menerjah kerongga kenanganku
Akan sentiasa ku melodikan
Dan ku nyanyikan balada senyuman yang terukir.
Keakraban yang terbina
Lebih kukuh dari tembok besar china
Lebih tinggi dari sebuah piramit
Lebih indah dari taman tergantung
Dan lebih unik dari ukiran taj mahal.
Biar berubah waktu dan jarak
Biar terpesong angin dan bayu
Namun akan kita kekalkan talian itu
Akan kita simpulkan agar tak terungkai
Dalam meniti...dalam membelit sayap zaman.

Kini...kita akan berhujan dengan titisan mutiara mata
Kita akan tersentak dengan esakkan suara kenangan
Itulah...itulah hembusan memori yang sentiasa menerpa
Menjadikan kita saling merindu
Saling mengasihi akan talian ini.

Kita bertemu kerana ilmu
Kita berpisah kerana perjuangan
Tapi kita akan bersatu kembali kerana kenangan...

Tiada seindah perhubungan dari persahabatan
Tiada seerat pelukkan dari pelukan perpisahan..
Tiada semanis kenangan semanis pertemuan.



Camar Senja
01 Ogos 2007

puisi

Walau Siapa Pun

Walau siapa pun awak
Walau siapa pun saya di sisi awak
Saya tetap tak pasti
Dimanakah saya
Dan dimanakah awak berada sekarang
Sama ada awak dihati saya
Atau
Awak di hati orang lain
Sama ada saya dihati awak
Atau
Saya dihati orang lain
Saya tak pasti…
Tapi yang pasti
Awak makin jauh dari saya
Selagi dalam saya ingin mengenali awak
Semakin jauh pula perkenalan kita
Semakin saya tidak mengenali awak
Dan semakin susah untuk saya mengenali awak..

Nukilan Rasa,
Camar senja.

Khamis, 21 Ogos 2008



cantikkan...bukan senang nak jadi cam ni oo... lama tuh nak tunggu lumut ini betol2 naik kat batu buatan nih..
ilham untuk saya membuat sesuatu dekorasi adalah dari melihat keindahan alam seperti ini serta melihat hasil deko-deko yang dibuat oleh orang yg menggunakan pelbagai barang dan konsep yang digunakan..so bila dah ada idea bolehlah di buat kat umah sendiri..hehehe



dekorasi jugak boleh dibuat untuk kedudukan yang tetap..kalau dah rasa xnak ubah seperti dekorasi ini bolehlah mengeluarkan belanja yang lebih cikit..buat la tepi rumah macan deko ini..hehehe



nak buat dekorasi xperlu terlampau memilih tempat..melihat ruang yang ada serta barangan yang ingin dirunakan sudah cukup untuk menjadikan dekorasi itu menjadi cantik..tengolah dekorasi ini simple ja kan.. tapi cantik..xperlu ruang banyak tepi pintu pun dah boleh deko..

sesuatu itu akan menjadi kepuasan setelah hasilnya diterima ramai..emmm....


ini juga sebuah dekorasi yang di buat semperna PENITI. penggunaan ruang adalah penting dalam menentukan sesebuah dekorasi itu menjadi cantik dan juga menampakkan susunan dan kontra kepada pemilihan tumbuhan bagi sesuatu penghasilan dekorasi..


salah satu dekorasi yang di buat semperna pertandingan Pidato Kepimpinan Harmoni (PENITI) 2007 di Dewan Sri Paduka Kolej Kelima..

dekorasi adalah sumber inspirasi kehidupan dalam mencari kesenian yang unik