Rabu, 31 Disember 2008

budakREPUTdansiBONGEK II

antaraBUDAKREPUTdanSIBONGEK II

pertama sekali thanks buat kawan2 saya yang bg pendapat melalui blog dan friendster. semua komen dan nasihat korang saya dah foward kat siBONGEK ni. Alhamdulillah dengan berkat doa serta sokongan korang siBONGEk telah memberanikan diri untuk berterus terang kepada budakREPUT hal yang sebenarnya...dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan diterima dengan hati yang terbuka. sekararang saya tumpang gembira kerana apa yang dirungsingkan oleh kawan saya ni sudah terungkai akhirnya..hajad dia untuk mendengar budakREPUT memanggilnya %$#@^ pun dah tercapai. dikesempatan ini saya mewakili siBONGEK ingin berterima kasih kepada semua yang meyokongnya dan memberi perangsang kepadanya..
p/s : terima kasik korg semua bantu saya meyelesaikan kes ni. terutama yg banyak bg msg dalam frendster tu..

Isnin, 22 Disember 2008

mencari ketenangan

terbenammentaricamar punpulang
tiadalahbisinghinggakepagi
duduksendiriterasatenang
hilangkanrungsingdidalamhati


melabuhsauhditanjungkarangan
buatpersiapandibadaiangin
merenungjauhmengimbaukenangan
teringattepiantempatbermain



melabuhsauhbadaipunkencang
susurkekualasebelahkota
orangjauhlagikukenang
inikanpuladidepanmata




megaredupalammeyepi
gegakgempitaguruhmelanda
sudahlahhidupberkalangsepi
ditambahdukamakinsensara



bayutenanglauttakgelora
merungkaitalibelayarkembali
hanyakenanganmengubatlara
buatdiritersenyumsendiri


lapaskantabirbayupunnyaman
bergeraklahbahterabelayarsemula
bilabibirmengukirsenyuman
terubatlahdukatimbullahbahagia



Jumaat, 19 Disember 2008

budakREPUTdansiBONGEK

antarabudakreputdansibongek

korang nak tau apa yang ligat berlaku kat kolej kelima sekarang?? xtahu?? ha ni aku nak bagi hint dia..huhuhu..macam ni, ada si bongek ni berkenalan ngan budak reput ni. ni kisah dia dah lama tau, dari tahun lepas lagi. pastu bila dia kawan je ngan budak reput ni, si bongek ni bagi tau saya yang dia rasa cam timbul satu perasaan kasih sayang. tp bukan kasih sayang dari segi percintaan atau sahabat. katanya ia lebih kepada ambil berat dan ingin memberikan keselesaan kepadanya dalam erti kata lain kasih sayang sebagai seorg @$#%^#@ kepada seorg %^$#@$#. Yang bentuk %$#@^%$ tu dia xbg aku bg tau apa maknanya. ok, dia pendam perkara tu sampaila sekarang. budak reput ni taktau yang si bongek ni sayang kat dia. si bongek ni suka bagi barang kat dia, kadang2 bagi makanan, kadang2 ambil berat bila dia sakit ke apa ke kiranya dia ni ambil beratlah tentang budak reput ni. aku ni kawan baik dia pun xdapat perhatian cam tu hehehe cemburu aku..hahaha. sampai la sekarang dia makin bimbang sbb budak reput ni akan tamat pengajian semester akan datang. so dia takut kehilangan (lost contact) tah ape2 lagi lah dia risau, aku pun tak tau.tak faham aku ngan dia ni. dan dia ni teringin sangat dengar budak reput ni panggil dia %$#@^. dan korg nak tau apa2 je msg yang ada perkataan sayang dan panggilan %$#@^ ni dia akan simpan msg tu. ari tu dia tunjuk kat aku msg yang si bongek ni simpan. sampai sekarang. si bongek kata, apa yang timbul di hati sibongek ni sekarang adalah, cam mana dia nak bagitau budak reput ni yang dia sayang sangat budak reput ni dan teringin dengar budak reput ni panggil dia %$#@^. dia teringin jadikan budak reput ni sebagai &%*^$# dia. dia juga takut kalau dia bagi tau budak reput ni yang si bongek ni sayang kat dia dan menganggap budak reput ni macam ^@#$%, dan budak reput ni takkan terima dan mungkin juga menjauhkan diri. oleh itu sampai sekarang dia tak berani berbuat apa2. sibongek ni hanya sekadar pendam je. hanya kat aku je dia cerita..(mungkin kot) tapi apa yang dia pendam selama ini cukup lama dan makin padat di nasubari dia. dan kini waktu hampir ke penghujung. habis saja sem depan si bongek ni dan takdapat melihat kelibat budak reput ni dah. budak reput akan tamat pengajian dan akan jauh darinya. dan adakah si bongek ini sempat mendengar budak reput ni panggil dia %$#@^ atau tak buat selamanya... dan adakah budak reput ni tau yang selama ni si bongek amat menyayanginya. hari berganti hari, masa berlalu pergi. si bongek ni dah tak tahu nak buat apa. dia hanya terus memendam, membisu seribu bahasa. aku suruh dia terus terang tapi katanya malu. takala aku memikirkan baki hari yang tinggal sebelum si bongek ni berpisah, aku rasa mungkin di hari terakhir nanti air mata yang mengiringi perpisahan mereka. si bongek ni tiada tempat mengadu. hanya pada saya dia berkongsi cerita. saya amat bersimpati padanya. tp saya percaya satu hari nanti pasti budak reput akan perasan dan si bongek akan mendengar panggilan %$#@^ dari budak reput ni..sama2lah kita doakanya. kawan2 berilah komen nasihat pada si bongek ini atau cadangan apa yang perlu dia buat supaya saki baki hari yang ada ini dia berkesempatan bercerita tantang kasih sayangnya itu..
p/s;- tolong bantu saya untuk memberi harapan kepada si bongek ini dan memberi hint kepada budak reput bahawa ada org yang sayang padanya dan agar pertalian mereka tak akan putus walaupun budak reput ini akan grad dulu sebelumnya.. saya perlukan cadangan korang agar dapat bantu mereka.huhuhuhuhu

Rabu, 17 Disember 2008

akuDANalamku

" indahnyahidupandai dapat ku terbangsetinggiawan"



aku suka tonton filem hayalan dan fantasi, cerita mula-mula aku suka adalah HOOK. cerita tentang Peter Pan yang dah besar dan kembali ke Neverland untuk selamatkan anak-anaknya. dia lupa asalusulnya.. dan kemudian sedikit demi sedikit dia mula ingat yang dialah Peter Pan sebenarnya dan mampu terbang serta musuh ketatnya iaitu Kapten Hook yang takut akan bunyi jam dan buaya ynag besar..huhuhu
dari situ aku mula berangan nak jadi macam Peter Pan, nak tinggal kat Neverland dengan menjadi kanak-kanak seumur hidup. dapat terbang kesana sini dengan bebas.
ALAM FANTASI YANG PENUH DENGAN KEUNIKAN DAN KEJUTAN YANG TIDAK DISANGKA DAN PENGEMBARAAN YANG MENARIK MENGISI SETIAP KOTAK IMAGINASI KITA WALAU BERADA DALAM ALAM REALITI...
sebab tu aku suka sangat tonton filem yang berunsur fantasi ni.dari kecil hingga sekarang memang aku suka dan semestinya sifat berangan aku tetap jitu kearah khayalan..
walau apapun aku akan tetap terus berkhayalan dan melayan fantasiku sendiri..biarlah aku dengan alamku....

RESAHdanTENANG

tika
aku diterjah
dengan kerungsingan
dan gelombang yang penuh
kepadatan resah yang amat sangat
maka dari hati yang berkecamuk ini
mencari dimana susurnya yang lurus agar
dapat di rungkaikan segenap lara yang terbenam
di ruang hati serta menjauh dari timbulnya seribu duka
sejuta keresahan dan ribut kerungsingan maka ku berlari sekuat
hati meninggalkan resah dan mengejar ketenangan.. akan ku
tangkap dan gengam sekuat hati agar takkan terlepas lagi.
mungkin esok, mungkin lusa atau bila-bila saja akan
dapat aku tangkapnya tapi.. entah sampai bila
aku mampu berlari meninggalkan duka
itu dan entah bila mampu ku
menangkap ketenangan
yang ku kejar
selama
ini.

Jumaat, 5 Disember 2008

KPSP

KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR
Agak sudah lama aku tak mengikuti program-program camping yang seumpama dengannya. dengan mendapat peluang mengikuti KPSP, terasa cam kembali ke usia remaja..huhuhu kali terakhir buat aktiviti pun 2 hari sebelum berangkat datang ke UPM ni. tu pun sekadar mendaki Gunung Jerai je kat Kedah tu. bila dapat menyertai KPSP teringat kembali kenangan dulu-dulu. terasa cam nak balik Kedah je.hehehe
Apa-apa pun tahniah kepada pelajar K5 yang telah mengikuti KPSP 2008/2009.
KERJASAMA BERSEMANGAT BERDISIPLIN BERKEPIMPINAN




























Nampak Happy je.. tul ke apa yang korang fikir tu.. Ke ikut je apa org cakap walaupun korang ada cadangan lain???
BEKERJASAMA = jangan ikut je, kena fikir dulu betul ke tindakan tersebut. kalau main ikut je hancur la.. ibarat ayam bekerjasama ngan itik untuk eramkan telur, telur xmenetas penat je dapat..saya karam sing walia melaporkan dari Cameron higland..hehehe gurau je.





























BERSEMANGAT = Melakukan sesuatu aktiviti hendaklah memberi perangsang ketada ahli kumpulan bukan pentingkan diri sendiri, bersorak untuk naikkan semangat itulah gunanya sorakan kumpulan bukan ber imo je..






























BERDISIPLIN = kalau berdisiplin kena la patuh pada apa yang diterangkan, di suruh, dan dilarang. tepat pada waktu, kawal emosi agar disiplin tu tak tercalar. kalau asyik melawan tapi tak fikir kenapa, teruklah.. tau melawan je habuk pun tak de tindakan wat pe..itu emosi bukannya resional. cakap je pandai tapi tindakkan cam hampeh kecian la kat orang lain yang terpalit dan yang main ikut je tu..tak berani lansung mengeluarkan pendapat membuatkan orang cam ni merosakkan kumpulan..huhuhu disiplinkan lah diri agar orang lain juga mendapat kebaikan.




























BERKEPIMPINAN = Menjadi seorang peminpin bukan sekadar pandai cakap je..kena nampak gak hasilnya..kalau main cakap semua org leh jadi pemimpin. tapi untuk menjadi pemimpin sebenar kena ada pemikiran yang rasional bukannya emosi, menaikankan semangat org lain bukan menaikkan semangat kemarahan, menanamkan sikap sabar kepada ahli kumpulan bukan makin menyemarakkan kekalutan, menerima pandapat orang lain bukan mengambil pendapat sendiri je, memikir rasional pendapat org lain bukan memburukkan atau mencari keburukan dalam pendapat org lain tanpa melihat kebaikkannya (semua pendapat ada resiko tpi sebesar mana resiko tu yang akan ditanggung, lagi kecil resiko lagi baik pendapat tu dari menerima pendapat yang tak tau apa yang akan jadi). seorag peminpin bukan pandai tinggikan suara untuk org lain ikut perintah tapi tinggikan suara untuk menaikan semangat dan keyakinan org terhadap harapan yang ingin di capai..














































Apa macam fesilitator ngan urusetia??
















Apa-apa pun Korang dah buat yang terbaik..Tahniah!!

So, untuk KPSP akan datang kalau rasa seronok and berani join la lagi.. Kata hebat..huhuhu
Apa-apa pun korang jangan terasa ek..apa yang tafsir tu bedasarkan celoteh saya je..semua tu xbetol pun, sekadar nak mengisi blog ni je..tp kalau rasa ada betul so cermin2kan lah diri anda.. saya nak provok je agar terima sahutan saya untuk join KPSP buat kali ke-2.
JUMPA LAGI DI KPSP 2009/2010