Jumaat, 30 Januari 2009

siapa TAHU tentang ESOK

hari ini aku menaruh HARAPAN
hari esok aku harap ia menjadi KENYATAAN
tapi siapa tahu tentang esok
HARAPANku
IMPIANku
yang aku tanam
bukan senang untuk tumbuh
hari ini aku SENYUM sendiri
hari esok aku harap aku akan TERSENYUM lagi
tapi siapa tahu tentang esok
SENYUMku
TAWAku
yang ku ukir selalu
bukan selalu manis dibibir
hari ini aku berasa GEMBIRA
hari esok aku mahu GEMBIRA lagi
tapi siapa tahu tantang esok
KEGEMBIRAANku
KELINCAHANku
yang sentiasa ku wujudkan
bukan selalu bertandang
kerana HARI ESOK tiada siapa yang tahu
p/s:berani menaruh harapan, kena berani mengharungi kenyataan..

Rabu, 28 Januari 2009

MeLaKa


Melaka, BUMI mu ku PIJAK



time org balik bercuti kat kg aku tak balik kg. aku pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah.. bukan sekadar nama..sememangnya Melaka merupakan kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. pelbagai kehidupan tumbuh dan melata di sana.segenap ruang terisi dengan kisahnya.. Hatiku terpegun bila jejak je kaki ku di bumi Hang Tuah itu aku terpandang kemajuan yang pesat mengelilingi monumen sejarah. ada satu bagunan yang tinggi dinamakan taming sari yang diadaptasikan oleh nama keris Hang Tuah. terpasak kukuh menjadi mata bandaraya Melaka. aku mula kagum. aku teruskan melangkah. dengan hati yang penuh keinginan untuk meratah panorama Melaka aku mula mencari keindahannya.. Kota Melaka atau A Famosa. siapa yang tak biasa dengar namanya maka dia buta sejarah. salah satu bagunan yang menyimpan seribu misteri dan sejuta sejarahnya yang tersingkap padu di sebalik tembok-temboknya yang masih kukuh. mataku tertumpu pula pada kereta lembu..antara kenderaan tertua di Melaka. Unik lagi menarik. tak lepas juga dengan Beca..kenderaan Kelas Pertengahan pada era 1830an. beca yang dulunya menjadi pengangukan bagi golongan yang agak berada dan ibarat taxsi pada zaman sekarang tidak ketinggalan dalam meniti liku-liku sejarahnya yang tersendiri. kalau di sebalah siangnya penuh dengan bagunan sejarah yang tersergam indah, malamnya pula dihiasi dengan dengan sedikit penambahbaikan dalam meniti arus kemodenan dimana pihak kerajaan negeri mengambil langkah menjadikan melaka sesuatu yang hidup tak kira apa waktu sekalipun. maka lahirlah idea seperti RiverCross, Eye on Malaysia dan I on Melaka serta jalan2 nya penuh dengan penjaja seperti di jongke walk dan sebagainya.















itulah antara keistimewaan Melaka.. Kalau Korang nak merasainya datanglah ke MELAKA BANDAR BERSEJARAH..






Selasa, 13 Januari 2009

budakREPUTdansiBONGEK III

SalingMEMBANTU

hai semua...saya ni dah kira cam alat perhubungan la plak antara budak reput ni ngan si bongek tu. haii.....susah tol diorang ni. buat la blog sendiri..hehehehe jangan marah weh..gurau je ngan korang. jangan terasa plak. hehehehe k saya terus kepada apa arahan yang diberikan oleh si bongek. sibongek nak ucap terima kasih sangat2 kat budak reput sebab ambil berat ttg dia waktu sibongek tu sakit ari tu. ha ni aku nak tambah ckit.huhuhu nasib la korang, blog aku, aku tulis la apa pun, nasib la kalau saya kutuk korang berdua..hahahahaha korang tau tak.. ari tu si bongek ni demam..hahaha nasib la ada budak reput ni. kesian kat budak reputni kena g beli makanan, beli ubat..ish..ish.. aku ada xnak suruh plak.hahaha jangan marah ek.. tapi apa2 hal hope korang bahagia. korang bahagia, aku tumpang gembira. tapi jangan menyusahkan aku sangat2..hehehe nasihat aku pada budak reput, jangan layan sangat si bongek tu, ngada2 je tu..hahahaha pasa si bongek plak, jangan la selalu susahkan budak reput, kesian dia. dia tu budak2 lagi..hehehe ok aku harap korang chat, bahagia, xmeyusahkan antara satu sama lain, terutamanya tak menyusahkan aku..wahkahkahkah... dan yang penting jadilah insan yang terbaik.

Khamis, 1 Januari 2009

malam tahun baru

aktivititerakhir2008

31 Dis 2008 diakhiri dengan cabaran keatas diri sendiri. sebelum tu aku, suhaizam, faris, daus dan raja pergi Down Town K.L. Raja beli Jaket, Suhaizam beli kasut dan baju, Daus beli baju, Faris beli baju gak tp aku xbeli apa2 pun..huhu walaupun aku xbeli Raja beli Tedy Bear and hadiakan kat aku.huhuhuhu. lepastu balik Kolej tercinta ni. terus naik atas bumbung Baung. Tengok Bunga api dari situ. pertama kali tu naik bumbung Baung. mulanya aku xnak sbb takut. pastu terasa tercabar gak bila suhaizam berani naik. aku pun, himpun segenap kekuatan, buang segala ketakutan, tanam sebanyak mungkin keberanian dan dengan gagahnya aku berjaya gak naik ke bumbung Blok Baung tu. alangkan indahnya dan tenang ku rasa dengan angin malam yang menerpa tubuh ketika itu dapat ku lihat permandangan malam yang indah. banjaran malam yang disinari dengan kerdipan lampu. dapat ku lihat di serata tempat berkilaunya dengan letupan bunga api awal tahun. kalau xsilap 6 ke 7 tempat yang memancarkan bunga api. indah sekali kurasa. hehehehehe itu lah aktiviti terakhir aku untuk tahun 2008. terima kasih 2008 yg banyak meninggalkan kenangan. 2009! tunggu kehadiranku untuk mengisi lembaran mu dengan cerita ku..wahhhahahahahahaha....