Isnin, 15 September 2008

Tika saat terkedunya nafas
Mengalirnya air ke sungai mata
Terukirnya senyuman terakhir
Maka terdetik di hati ini
Satu naluri yang tak pernah meruap
Ke gigi kali yang hamper kering..
Kerna naluri itu adalah naluri keinsafan.

Tika hujung nyawa ini tersekat-sekat menyebut
Kalimah keramat
Hati mula meronta
Dari sungai lasu ke bersempadan duka
Yang penuh dangan kecelaruan.

Ku dayung sampan resah perlahan-lahan
Menuju ketengah jiwa yang tenang airnya..
Ku campak joran kusut
Supaya dapat ikan sebesar pengertian
Yang penuh makna tersurat
Dan bukannya yang tersirat
Agar dapat kurungkai menjadi lurus fahaman.

Aku tunggu dan terus menunggu
Agar anganku nyata
Namun baru ku sedar
Tanpa umpan usaha ia takkan mengena.

Kini ..
Tika saat nyawa dihujung usia
Baru ku sedar
Mengapa lalang terkulai tika ditiup angin
Mangapa bayang-bayang hilang
Bila dicampak batu ke air
Dan mengapa resah bertandang
Bila nyawa di hujung usia.

Bait-bait kata,
Camar senja.
15 Sep. 2008 10.23pm.

Tiada ulasan: