Isnin, 23 Mac 2009

siapalah aku untuk mereka

kadang-kadang aku lupa siapa aku
sering kali aku terabai orang sekelilingku
acap kali aku menundukkan diri
mencari siapa aku di sisi mereka
kawan,teman,pasangan atau
sekadar kenalan.

kadang-kadang aku tenung kata-kata
berkawan biar beribu
bercinta biar satu
biar ramai kawan
jangan ramai lawan
tapi aku juga terfikir
buat apa ramai kawan
jika
kawan makan kawan
kawan jadi lawan
kawan tika senang
lawan tika susah

kadang-kadang aku selami erti persahabatan
bersusah bersama senang juga bersama
tapi ada juga kawan
tika dia susah aku yang bersamanya
namun...
tika dia senang aku dia lupa
katanya dia bukan ada aku sorang untuk dikawan
aku hanya kawan tika dia kesusahan
tika kesenangan dia dengan kawan-kawannya
aku bukan lagi kawan
kerna aku hanya peneman
di tempat makan tika dia kesunyian
di hospital tika kesakitan
di balai polis tika ditahan
atau dilautan tika hampir kelemasan.

siapalah aku di sisi mereka?
aku cuba meneka
dengan harapan kena.

luahan, Mac 23' 09
Camar Senja.

p/s: pesan saya buat kawan2. aku bukan sehebat pahlawan yang mampu beri apa yang dimahukan.

Jumaat, 13 Mac 2009

TERIMA kasih SEMUA
RAJA
diana
AZIE
imah
AMIN
ucuk
IPAH
ijan
AIZAT
robi
SARJEN
kimi
DALILA
asmaul

Ahad, 8 Mac 2009

umum

buat semua yang mengikuti blog saya yang 1 lagi
Salam sejahtera semua. buat kawan2 yang mengikuti blog saya yang 1 lagi iaitu tika tinta mula menari, mulai bulan 3 ni korang semua dah xdapat mengikutinya lagi kerana saya dah tukar alamatnya sebab kebanyakkan post2nya saya xakan tapis lagi dan penggunaan nama sebenar akan saya gunakan dan ia hanya akan menjadi diari online saya 100%. hanya orang tertentu sahaja akan dapat lihat. maaf semua.
p/s: maaf buat kawan2 yang mengikuti blok tikatintamulamenari.

Selasa, 3 Mac 2009

KENAPA???

Kenapa tiada seorang pun yang mengerti
Kenapa aku harus jadi begini
Kenapa dari riak wajah mereka aku jadi sangsi
Kenapa mereka selalu mentafsir salahku
Kenapa mereka tidak membenarkan aku menerangkan semuanya
Kenapa hanya aku yang perlu beralah
Kenapa hanya aku yang perlu menaggung parut luka
Kenapa aku tak diberi ubatnya
Kenapa kau layanku begitu
Kenapa hanya sebab salahku yang kau soalkan
Kenapa kau tak soalkan salahmu
Kenapa selalu aku yang bersalah
Kenapa kau tak menilaiku sebaiknya
Kenapa harus kau keji aku
Kenapa kau jauhkan diri dariku
Kenapa kau cerita burukku pada orang
Kenapa kenapa kau diamkan kebaikanku pada semua
Kenapa kau salahkan aku??
Mungkin hanya kerana aku tak layak disampingmu..