Sabtu, 11 Oktober 2008

hasil lukisan aku..ada yg siap ada yg xsiap














salam sejahtera semua, di ruang ini saya nak paparkan sedikit cebisan hasil karya saya. selain menulis puisi saya jugak berdiat aktif dalam melukis. kira melukis ni adalah hobi utama saya. saya mula melukis dari saya tadika (prasekolah) lagi. mendapat tunjuk ajar dari ayah sendiri yang jugak seorang perlukis sewaktu dia muda dulu, dimana ayah saya adalah seangkatan dengan Eman Manan. dulu Eman Manan melikis sekali ngan ayah saya kat padang kota dulu. tp dia lebih untung kerana di tawarkan belakun.huhuhu apa2 pun rezeki masing2. bebalik pada cerita saya selepas melanjutkan pelajaran kat sekolah rendah saya makin bergiat aktif. kat atas tu salah satu lukisan saya yang hampir sempurna tp xsiap jugak. 10% lagi je nak siap. tp xsiap2 sampai sekarang. hampir 6 tahun sekolah rendah saya telah menghasilkan 43 lukisan. malangnya satu tragidi terlah berlaku dimana habis lukisan2 saya terbakar. menangis gak la aku. ayah pun macam2 pujuk. dia beli berus lukisan baru la, warna baru la, buku lukisan baru la..tp pada masa tu aku dah macam putus harapan. ingat lagi tanggal 17 Ogos 1997 kejadian tu berlaku. aku sayang sangat lukisan2 aku masa tu. masuk sekolah menengah baru aku dapat semangat semula. ada seorang cikgu tu namadia cikgu Yusuf. dia yang banyak membantu aku. aku pun suka gak lukisan2 dia. dia banyak tunjuk aku macam mana menggunakan ton warna dengan lebih mudah. selepas tu masuk tingkatan 2 cikgu Jalil pulak bagi kata2 semangat dan banyak tunjuk cara2 melukis landscape. dari situlah aku mula berkarya balik. tapi aku tak lagi menyimpan sangat lukisan2 aku sebab takut bila hilang aku jadi tak tantu hala. aku mula melukis sekadar memenuhi kepuasan hati je. ada lukisan aku bagi orang, kawan2 and bekas2 teman wanita..hehehe dan hadiahkan kat cikgu2. tak banyak lukisan yang aku simpan. kira cam tak sanggup nak simpan. karang jadi sayang plak. bila ilang susah hati. so aku xbanyak yang simpan. yang ada ni pun cebisan2 je. setelah itu masuk tingkatan 3 cikgu rosli pulak yang ajar aku. dia lagi hebat. aku ni kira murit kesayangan dia lah.hehehehe macam2 dia ajar aku tentang seni lukisan ni. kira cam nak jadi pelukis profesional la plak..hehehehe masa tu macam2 pecahan lukisan aku belajar dari dia. cara guna air, cat minyak,kanvas,buat awan larat,bentuk polestrin,blok, khad,pencahayaan dalam lukisan,peimejan atas kertas,pembentukan dasar dan jarak pandangan dalam sesuatu lukisan and banyak lagi. dia juga suruh aku berani menggunakan warna. setiap warna ada daya tersendiri. so aku dimintak berani untuk mencipta lukisan walaupun warna adalah terhad. dia pernah ajar buat lukisan yang cantik hanya guna satu warna je. dan dia pernah uji aku, dia beri 4 warna dan mintak aku siapkan satu lukisan. jenuh gak aku memikirkannya. dah tu warna plak yang susah nak aku hidupkan lukisan. kalau bagi warna kuning ngan hitam boleh gak wat permandangan cam waktu senja tu. ni warna unggu, pink, hijau pucuk pisang ngan putih. nak lukis pe..tp Alhamdulillah..berkad dari tu aku banyak dapat ilmu darinya..jasa cikgu2 ku sekelian xkan ku lupakan sampai bila2. sbb tu ari ni aku masih ingat lagi and tergerak hati nak berkongsi dengan korang. kita sambung lagi. lepastu aku masuk tingkatan 4, kelas ekonomi. xdak kelas lukisan. kat situ terbantut keaktifan aku belajar. tp aku masih aktif sebab cikgu rosli banyak mintak aku tolong dia buat mural kat dinding blok sekolah, tolong dia hias dewan bila ada majlis, buat huruf blok guna polestrin, tolong buat banting batik untuk buat hiasan kat dinding dewan and banyak lagi. masa aku tingkatan 5 aku tambah matapelajaran dan paper exam. aku ambik lukisan kertas 1,2 dan 4 kalau tak silap aku. kertas 1 objektif, kertas dua seni halus iaitu lukisan dan kertas 4 ukiran kayu. masa tu kitaorang kena buat terompah yang berukiran kayu brmotifkan keladi. tak sempat aku habis belajar cikgu rosli ditukarkan ke sekolah lain. cuak aku seketika. kemudian kelas aku diambil alih oleh cikgu yang baru pindah ke sekolah aku. cikgu india. apa nama tah aku dah tak ingat. dia ni teruk gila. perasan dia hebat. baik cikgu rosli lagi hebat. aku xpenah tengiok dia buat lukisan pun. malah ajar pun tak penah tunjuk contoh dan cara buat, main cakap n perintah je.. budah2 lain semua xsuka dia. dah tu makan duit plak. mintak kami bayar tapi barang xdapat sampai habis sekolah. lagi teruk dia bagi tau guru kanan yang kami x ikut cakap dia. pe lagi kena marah la kami. siap hantar kes kelas kami kat pengetua lagi. kami semua kena marah. ikutkan hati kami xnak je masuk kelas dia, xikut cakap dia betoi2 baru tau. apa saja kesalahan yang dia buat dia letak atas kami. dia kata kami tak buat keja la, lambat hantar la padahan seingat aku, aku sendiri yang hantar kerja kursus kami kat dia awal seminggu lagi. dia yang lambat hantar dia tuduh kami. memberontak gak la kami masa tu. pangil 2,3 orang g jumpak ngan kaunselor mengadu kat dia. senyap sekejap. baik la sekejap ngan kami pastu buat perangai pulak. last sekali kami satu kelas mangadu kat pengetua pasai perangai dia. kami jugak nekat xnak masuk kelas dia. kami mintak cikgu lain ambik alih. pastu pengetua bagi alasan xdak cikgu lain. lepas je selesai kerja kursus kami xmasuk dah kelas dia. aki tggu exam pper 1 ngan 2 je. dia mintak tolong pun kami xturun. yang kesian sekali masa msyuarat PIBG dia kena hias pentas sorang2 ada la budak2 tingkatan 1 tolong dia. padan muka. cikgu lain pun wat xtau je. masa tamat sekolah kami dengar dia dah kena tukar ke mintak tukar ke p sekolah lain pun tak tau. tp yg pasti dia dah berambus dari SMKTS..huhuhu lepas tu aku buat perniagaan kecil2 semasa tunggu SPM. buat lukisan atas mozek ngan CD pastu jual. masuk tingkatan 6 xberapa aktif sangat. sekadar buat mural kat dinding adrama ja. kalau xsilap ada 7 mural kat asrama ASMKGC yang aku buat. sekarang masih ada ke x lg aku pun xtau. lama dah xp sana. habis je aku pun bekerja. mula keja je dah cbuk. dah xdak masa nak melukis. sekadar 1,2 lukisan je yang xpenah siap. lukisan yang masih ada sekadar lekat buat kertas dinding je cam kat gambar sebelah tu. ni lah lukisan2 yang masih ada dan aku lekatkan kat dinding belakang rak tu. setakat sekarang tak tau la bila nak mula balik melukis. idea untuk melukis pun dah xdak. sekarang sibuk ngan kerja je. ini semua hanya tinggal kenangan je bagi aku. so aku berhenti setakat ini dulu. terima kasih.

Tanah Indah Pusaka Moyang

Tanah indah pusaka moyang
dibawah percikan sinar kebebasan
gah nya tersebar keseluruh benua
agungnya dalam ukiran cetera

tanah pusaka tanah tercinta
pernah berlangit darah manusia
tersula hayat dalam tuntutan
terpanggang derita disayap zaman

tegak sendiri gigih sendiri
ditatang bicara sepenuh hati
peri bagunmu dalam riak gelombang
mengembang kebesaran di sayap-sayap zaman

tegak engkau dari kudrat bangsamu
mengisi perjuangan atas kemerdekaan
inilah...inilah derma bakti tumpah darah di bumi
inilah sumbangsih atas hakikat cinta abadi

tiada yang lebih bererti dari kasih sayang ini
tanah pusaka belaian jiwa penuh hakiki
disini...disini tubuh-tubuh kerdil memagar pantai
disini juga dada-dada pewira menahan tembusan peluru

tiada yang lebih bererti dari pengorbanan mu
jika bukan pada bumi ini rebah bangunmu
taat setia abadi engkau pemilik kesayangan
kerana tanah ini..
tanah pusaka moyang yang tunggal.

di deklamasikan oleh,
MOHAMAD INDRA SHAHRIL ZAINAL
semperna pertandingan bacaan puisi
hari kemerdekaan ke-44 peringkat SMKTS 30 ogos 2001
Tempat pertama menengah atas.

Khamis, 9 Oktober 2008

kemunculan superhero..




























Assalamualaikum and salam sejahtera semua. hope u all sihat. ni i nak kongsi ckit ttg mculnya sorg superhero kat Malaysia ni. Dia ni boleh tahan hensome..hehehe hsome ckit dari Badman, macho ckit dari Superman Cubby ckit dari otromen..huhuhu superhero yang dimaksudkan ni dilahirkan pada 10 mac 1985. sepertimana superhero yang lain, beliau tidak dilahirkan d hsptal. dia dlahirkan kat umah je. Apa yg specialnya dia dilahirkan dengan menangis sperti ahmad albab selama 3 bulah 11 hari. tidak dibesarkan oleh bapa dan emaknya. hanya sempat bersama ibubapa selama 9 hari selepas itu d serahkan penjagaannya kepada atuk seperhero. sbb dia tak henti menangis sampai ayah ngan mak dia kena mandi bunga. tp xjugak2 baik. lantas datuk superhero lah yang ambik alih tugas menjaganya. yg kt atas tu la muka superhiro masa kecik. and yg naik mtor tu bla dah besar ckit. kecik2 dah rempit..hehehe pastu plak siap ada pasangan lagi. ya la orang tua dulu2 suka pasangkan anak diaorg siap2. tp alih2 sekarang xjadi. sbb lama sangat tgu seperhero ni masuk meminang. dapat kat orang lain.



kalau tak dah lama superheroni kawin..lagi pun superhero ni nak cari yg lagi sesuai untuknya..hahahahaha..apa2 pun dia ttap masih dalam pencarian.. sapa cepat dapat la.. oh terlupa saya nak kenailan bapa and atuk hero ni ek.. ni kat sebelah tu la atuk hero yang pakai baju puteh tu and yg budak kecik duduk kat bawah kepada atuk hero yang pakai baju putih tu sebelah kiri tulah bapa hero.. ni masa bapa dia kecik lagi dah besar baru bapa dia kahwin and baru dapat hero..


sebabtu la dia ni seperhero sebab keturunan dia semua hero2 belaka. dia ni anak kedua tapi kira jadi akan pertama sebab ganti yang sulung. sebab yang sulung kakak dia telah meninggal dunia pada usia 7 hari lihat dunia ni. adik selepas superhero ni plak juga meninggal dunia. kalau orang kedah kata dia ni kapit mayat sebab di tengah2 kakak dan adik yang meninggal. kakak superhero ni meninggal bukan apa sebab nak bagi laluan kat superhero ni jadi yang sulung.hehehehe dengan pelbagai bakat yang di kurniakan kat superhero ni maka terkenallah dia semasa kecik mahupun ketika sekolah malah selepas sekolah pun masih terkenai juga sebab........dia ni #@%$*&%@$#..ha....nak tau maksud dia kena tanya superhero sendiri..huhuhu di pendekkan cerita maka sekarang sudah besar pun dia. ni la superhero bila dah besar. dengan kuasa superpower yang ada maka di pun berangan nak jadi pengurus..hehehe tu baru angan yang kecik..angan yang besar dia nak ganti Nik Aziz atau Pak Lah.. tapi sekarang dia xnak sebab dia dah suka jadi dirinya sekarang. dia bebas menggunakan power dia untuk wat apa yang dia suka asalkan apa yang dilakukan di sukai orang dan tidak menyalahi undang2 negara mahu pun hukum adat bekanun atau adat pepatih dan adat ketemenggunggan. dengan kuasa yang ada jugak dia nak jadi orang yang berguna kepada Agama masyarkat dan negara. So, dengan harapan yang tinggi seperhero ini berharap superhero2 yg lain yang terbaca coretan ni jangan la cemburu sbb apa yang ditulis sekadar nak cerita sekelumit je ttg dirinya..kalau ada yang tersinggung seperhero mintak maaf sebab superhero xnak org terasa ngan superhero kerana untuk menjadi superhero yang sejati tak kira apa jenis kuasa atau power yang diberikan adalah untuk kegunaannya sendiri dan juga berkongsi ngan semua orang sbb kuasa yang sehebat mana pun datannya dari ALLAH yang lebih berkuasa dan Maha Superhero. kita ni hanya superhiro yang hanya kerdil di tempatnya..sekian wassalam...
nukilan superhero yang xberapa nak hero,
mohamad indra sharil zainal @ camar senja.
09 Oktober 2008