Sabtu, 19 Jun 2010
Dah lama rasanya....
Selasa, 19 Januari 2010
Holiday at Sg. Takala
Khamis, 3 Disember 2009
dalam menghuraikan cinta
akalTERBARINGtidakBERDAYA
bagaiKELDAIterbaringDIdalamLUMPUR
aku dah jadi gila
Selasa, 17 November 2009
WALAUduniaTAKseindahSYURGA...
Khamis, 12 November 2009
Kita Tak Seperti Dulu Lagi
Dulu ada saja benda yang nak ku ganggu
Sekarang lidahku kelu bila berjumpa denganmu
Tak tahu kenape aku begitu
Mungkin kerasa aku dah jadi pemalu
Atau aku tak lagi macam dulu
atau kau juga tidak seperti dulu
yang suka melayan karenahku
Sedar atau tidak
Sebanarnya aku terasa akan ini semua
Sesekali ada rasa nak tegur or ganggu kau semula
Tapi tak terdaya..
Hari ni esok atau lusa aku akan cuba
Tu pun kalau semangat datang tiba-tiba
Kalau tak terdiam lagilah seribu bahasa
Kadang-kadang aku juga kecil hati
Kenapa kita tak macam dulu lagi
Masing-masing buat hal sendiri
Buat cam tak nampak bila lalu tepi
Padahal dalam hati
Nak jer tegur dan bergurau sepenuh hati
Tapi...
Inilah reality
Kita tak seperti dulu lagi.....
Nukilan rasa
Camar senja
Mohamad Indra Shahril Zainal
Ahad, 8 November 2009
seekor rama-rama kertas
terbang melintas.
kucapai jaring, lalu ku cuba melibas.
rama-rama kertas tidak lagi terbang bebas.
rama-rama lain menghampiriku.
menari lagu pilu.
menagih simpati dariku.
supaya aku cepat terkedu.
tapi aku sudah faham maksudmu
sebelum kau menghampiriku.
lalu ku lepas rama-rama kertas.
agar is terbang bebas.
walau hatiku tercantas
dik keindahanmu wahai rama-rama kertas.
nukilan rasa,
Camar Senja
Mohamad Indra Shahril Zainal (misz)
Si Bebal yang menurut
Dari pancang katakburan
Lahir sepasang pembohongan
Hasutan bak syaitan
diam...tapi mengoncang
Maka sang bebal mula mengikut
Kononnya petunjuk dari sang merbok
NAH!! semuanya tunduk
Dek kerana ilmu semangkuk
Jadilah pak turut tersongkok-songkok.
Camar Senja
hujung-hujung
Sabtu, 7 November 2009
fuh!! lama xupdate blog
Rabu, 6 Mei 2009
hari ini
Isnin, 23 Mac 2009
kadang-kadang aku lupa siapa aku
sering kali aku terabai orang sekelilingku
acap kali aku menundukkan diri
mencari siapa aku di sisi mereka
kawan,teman,pasangan atau
sekadar kenalan.
kadang-kadang aku tenung kata-kata
berkawan biar beribu
bercinta biar satu
biar ramai kawan
jangan ramai lawan
tapi aku juga terfikir
buat apa ramai kawan
jika
kawan makan kawan
kawan jadi lawan
kawan tika senang
lawan tika susah
kadang-kadang aku selami erti persahabatan
bersusah bersama senang juga bersama
tapi ada juga kawan
tika dia susah aku yang bersamanya
namun...
tika dia senang aku dia lupa
katanya dia bukan ada aku sorang untuk dikawan
aku hanya kawan tika dia kesusahan
tika kesenangan dia dengan kawan-kawannya
aku bukan lagi kawan
kerna aku hanya peneman
di tempat makan tika dia kesunyian
di hospital tika kesakitan
di balai polis tika ditahan
atau dilautan tika hampir kelemasan.
siapalah aku di sisi mereka?
aku cuba meneka
dengan harapan kena.
luahan, Mac 23' 09
Camar Senja.
p/s: pesan saya buat kawan2. aku bukan sehebat pahlawan yang mampu beri apa yang dimahukan.





